Perkongsian daripada super duper upline Master Zura Betty. Actually point-point ini sangat penting bagi akak as insan kerdil dan struggle dalam menjalani kehidupan seharian yang memang penuh liku-liku.
Setiap liku ini jika tiada ilmu, tiada kekuatan, tiada iman maka jalan yang salah akan dipilih.
Sedarkah kita kadang kala kita menyalahkan takdir? tetapi kita tak pernah ambil segala yang terjadi adalah salah satu daripada warna-warni kehidupan yang Allah pilih untuk kita. Kenapa Dia pilih kita? Sebab kita mampu hadapi.
Bagi mereka yang selalu merasakan rezeki asyik tak cukup. Tiap bulan mesti habis tanpa RM10 pon. Tiap bulan ada je duit yang terpaksa dilaburkan sebab kereta rosakla, maintenance problem la. Maka ini adalah post yang sangat sesuai uoll BACA dan PRAKTIKKAN.
Sebenarnya Cabang rezeki ada 13. Tetapi SEDAR atau TAK?
Dan USAHA adalah cabang terakhir yang Allah TAK KATA ada jaminan.
hah? Yeke?
Orait jom kite study satu demi satu sehingga ke no 12 CABANG yang tersebut. Seba cabang 1-12 Allah kata dalam Quran pasti ada JAMINAN.
Wow!!! 13 hanya 1 je takde jaminan yang lain ada. Apa lagi teruskan membaca.
1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka
Taqwa ini sangat luas maksudnya. Sejauh mana Taqwa atau yakinnya kita dengan Allah!
Kita letak rezeki kita di tangan manusia ke Allah? Selagi kita masih rasa frust orang yang reject kita pada orang tolak kita. Maksudnya Taqwa kita kat mana?
Contoh:
Korang nak beli kereta o apa-apa yang berkenan di hati. Korang sibuk sediakan dokumen kereta apa semua. Korang harap pegawai yang handle kes korang itu terima statement korang semua.
Nak luluskan loan tu.
Tapi sedar tak siapa yang pegang hati pegawai tue?
Maka letak tak taqwa tu kat Allah.
Tapi biasanya jarangggg. Sebab. Kita nampak MANUSIA!
Kita tak nampak siapa disebalik manusia! Ni semua ada tulis dalam Quran .
2)TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia
Ini sudah jelas dah. Tawakal bukan letak no 2 atau no 3. Tapi sbeelum kita buat apa pun tawakal tu kena letak no 1.
Ni semua ada tulis dalam Quran .
Beza ya Taqwa dengan Tawwakal ni
Taqwa lebih pada takutkan Allah. Kita pelihara tiada yang lain selain Allah. Pelihara apa sahaja yang menyebabkan kita jauh dr Allah. Sebab tu pegangan kita tu apa pun Kita nampak Allah dulu bukan manusia
Tawakal pula berserah sepenuhnya pada Allah.
Tak nampak dah bila orang reject kita tu. Kita tak nampak rejectuon tu dari manusia. Kita tak frust pun dengan orang tu. Segala oergantungan dan pengharapan hanya pada Dia.
Nak tahu tinggi tak tinggi Tawakal kita.
Contoh:
Cuba keluar rumah. Minyak ngam ngam je or nak ke merah dah jarum tu. Keluar tak payah bawak duit apa pun semua. Letak keseluruhan keyakinan tu pada Allah.
Mampu tak?
Tu contoh nak ukur tawakal tu.
Selagi mana melihat manusia dalam hidup kita. Selagi mana mengharap pada manusia. Selagi tu tawakal kita tu nipis
3) SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"
Itu kata Allah. Dengan solat Allah beri kita rezeki. Kita solat bukan utk Allah. Tapi untuk diri kita sendiri. Tapi berapa ramai orang termasuk saya sendiri solat tu buat sebab rutin! Sejauh mana kita serahkan diri kita betul-betulpada Allah masa solat.
Masa solat sibuk dok fikir
'eh post aku kat fb dah de like ke belum ek.'
'Eh jap lagi anak balik.'
Eh itu eh ini masa solat tu.
Sedangkan Allah kata. Aku tak minta rezeki dari kau. Tapi kamilah yang memberi rezeki.
Tapi waktu solat pun tak leh nak abdikan diri sepenuhnya.
4) SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)
Ni uols boleh baca kisah Ali dengan penjaga Unta tu.
Kisah bagaimana Ali masa tu tinggalkan unta beliau pada seorang anak kecil. Seusai solat Ali niatkan nak sedekahkan 1 dirham pada anak tu. tapi bila tiba kat tempat tu. Ali lihat anak kecil tu hilang dah. Dengan tali unta tu pun hilang.
Maka Ali pun kata, tak kan nak biarkan Unta ni tanpa tali tambat tu. Ali ke pasar dan semasa nak beli tali tu. Ali jumpa tali yang sama dengan tali yang ada pada untanya sebelum ni.
Bila Ali tanya pada penjual tu, penjual tu kata dia beli dari seorang anak kecil dengan harga 1 Dirham.
Ali mengucapkan syukur dan terasa hebatnya kebesaran Allah. Penjual tu kebingungan dan Ali ceritakan kisah yang terjadi pada nya. Kata Ali, dia dah niat nak sedekahkan 1 dirham tu pada anak kecil tu. Anak tu memang sudah ditakdirkan dapat 1 dirham cuma sayangnya anak tu tak sabar. Kalau dia sabar mungkin dia dapatkan 1 dirham tu dengan cara halal. Ianya juga bukti, dengan sedekah. Rezeki Alah tu pasti dan tak tertukar. Ali tetap dapat balik tali unta beliau asbab dari niat sedekahnya.
Allah janjikan barang siapa sedekah akan ada ganjarannya
Satu kali sedekah Allah gandakan 10kali
Ada seorang hamba Allah ni. Hebatnya dan tinggilah makam dia. Dia ni tak kerja tau.Tetapi hidup dia dengan sedekah dia
Contoh. Dia nak 7000 dia mmg akan sedekah 700. Sebab Allah katakan. 1 balas 10
Dia tahap kalau contoh kata kita jumpa dia. Saya nak beli motor lah.
Dia tanya motor tu harga berapa. Kata kita jawab 15,000
Dia akan cakap haa bagi lah orang 1500. Kalau kata aku x de duit bnyak tu skang.
Habis kau ada apa skang.
Kata saya jawab. Aku ada motor biasa je.
Berap harga motor tu.
Seribu lebih.
Dia akan suruh buat apa tau.
Haa sedekah lah motor kau ada tu kat sesiap yang perlukan skang
Haa tahap hamba Allah ni macam tu sekali
Mampu ke kita?
InsyaAllah mampu kalau kita yakin dengan janji Allah.
Yang tak jadi sebab ragu2. Makcik buta datang mintak jual tisu tu. Dari nak bagi rm1. Cuba lepas ni bagi 10 terus atleast
5) ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan
Ni ada hadis dia nanti uols boleh cek! Dengan istigfar juga akan cuci kan hati kita.Bila hati bersih rezeki nak masuk pun mudahkan
6) SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih
Berapa ramai dari kita.
'Alaa sale saya sebotol je kak hari ni.'
'Alaaa orang just like je kak x beli.'
'Alaaa saya ni macamni je kak bukan hebat mana!'
Tu syukur ke kufur agak-agak? Kalau dengan benda kecik pun kita tak boleh belajar syukur.Agak-agak Allah nak ke bagi benda besar ke?
Kita hidup ni kena compete hidup kita dengan orang lain ke???? Allah tu hebatkan? Kita ni kata kita tak hebat tak boleh tak mampu? Kita kata tentang siapa???
Yes! Tentang DIA. So kita sabotaj diri sebenarnya
7) SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki
Janji Allah juga.
Dengan silaturahim, murah rezeki, umur panjang. Bukan bila orang nak dtg rumah kita rasa tak best. Bukan dok cari salah orang je. Sana tak kena sini tak kena.
Orang tu tak adil dengan aku. Orang tu begitu orang ni begini. Kita nak orang je bagi kita. Tapi kita sendri tak de pulak nak buat kat orang. Jadi pengadu domba. Depan manis belakang keladak. So jadi manusia yang jadi penghubung silaturahim. Bukan jadi manusia keladak yang suka tgok orang bergaduh
8) TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)
Ni betul. Sebab tu satu lagi. Jangan sesekali berkira dengan ilmu. Pantang saya.
Semalam dalam group detox ada yang cakap mahal lah kelas tu. Ilmu kalau korang faham tak boleh dinilaikan dengan wang ringgit. Selagi korang kira tiap sen korang keluar utk ilmu. Barakah ilmu tu lari. Bila korang pergi kelas. Korang komplain kelas tu. Ilmu koramg dapat tu sia2. Orang yang berusaha utk tuntut ilmu. Allah janjikan rezeki. Itu pasti. Bukn saya cakap. Ni Allah kata. Sebab tu orang yang menuntut ilmu ni, layak terima zakat kan.
9) NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)
Haa so siapa tak kahwin lagi sila kahwin okNi x yah nak uoas banyak2 lah. Semua pun cerdik kan bab ni. Tapi satu nak tambah. Bila kahwin akan ada anak kan. Anak pun Allah janjikan rezeki. So nikah anak ni sekalilah. Tapi kalau kita mengandung. Kita tak happy dengan kandungan tu. Tak leh terima mengandung dan sebagainya. So jangan tanya kenapa lepas bersalin rezeki sempit. Bahaya ya.
10) DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi
Kisah Nabi2 berdakwah sana sini. Tapi rezeki mereka Allah jaminkan. Sama juga kalau kita terus menyebarkan ilmu. Walaupun dengan sepotong ayat. InsyaAllah rezeki kita Allah jamin. Bukan kata oh ni ilmu aku. Kang aku share habislah dorang buat dorang dapat aku tak dapat.
Nope!
Saya tahu ada dalam team saya juga ada sifat macam tu. Kalau ada delete cepat2.
Buang!
InsyaAllah rezeki kalian jauh lebih luas nanti. Ilmu milik Allah. Jangan berkira. Sebarkan seberapa mampu boleh dengan nawaitu kerana Allah taala
11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya
Ni bab waqiah saya pernah share panjang dan lebar sebelum ni. Siapa lupa tengok semula.
Siapa dah lama tak buat. Buat semula.
12) ZIKIR PAGI PETANG - ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu
Ni semua awal2 join Shaklee pun dah tekankan dan pesan kan .Tapi tu janji Allah. Allah kata siapa yang ingat Aku pagi petang. Allah akan cukupkan keperluan kita untuk hari itu.
Yang terakhir.
Yang ramai orang nampak dan buat.
Tapi ianya belum tentu pun ada jaminan.
13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab
Allah tak kata kau kerja kau dapat duit. Maksud kat sini Usaha. Usaha sebenarnya belum tentu ada jaminan
Allah kata tentang usaha dalam quran.Tapi usaha yang bagaimana?
Perkara 1-12 memenag dah terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.
Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH.
Tapi dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak.
Setuju tak saya cakap ni?
Berapa ramai orang overtime tapi masih tak cukup?
NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK PERLU DAH BEKERJA DAN USAHA.
Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung
(al-Jumuah:10)
dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.
Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.
BIla baca point by point memang actually ia menyentap JIWA RAGA akak. Yerla uoll cabang yang 12 memang ada JAMINAN tapi yang no 13 juga kita struggle buat. Kenapa kite tak strunggle untuk cabang 1-12.
Semoga perkongsian ini dapat diaplikasikan segera dalam menarik REZEKi kepada akak dan korang juga.
Credit: Master Zura Betty
KakQah
Pencari Ilmu Sehingga Umur Terakhir
No comments: