Jadual PUMP Working MOM - Saya Dia dan Kamu

Wednesday, June 20, 2018

Jadual PUMP Working MOM

Bila terbaca dalam group-group Breastfeeding support ramai moms yang ada masalah nak kerja tapi susu TIADA stok. Bila pump dapat sikit je. Then ada pula persoalan bagaimana nak simpan susu yang sebelum ni. Atau pun soalan camne cara nak simpan susu ikut keperluan.

Maka di sini akak nak share pengalaman akak membuat jadual pengempaman ketika berpantang dan apabila akak masuk kerja.

Akak start mengepam since day 1 selepas bersalin. sebab akak ada 2 pengalaman berbeza untuk anak pertama dan kedua. Akak cerita pengalaman untuk anak pertama lah. 

1st day bersalin akak anak Aisy Nur Fidaaeiy terus warded NICU sebab berat dia just 1.99kg. Then bila warded setiap 2jam memang nurse akan feeding. Tapi masa tue akak memang akak takde pump dan tak tahu pon nak pump camne.

So bila tengok Aisy dalam NICU, nurse ajar Direct Feeding dengan akak. Hurmmm. He's too small dan tak berapa pantai nak lacthing. So akak kena pump untuk bagi Aisy susu untuk next feeding. Alhamdulillah nurse juga membantu akak.

Bermula journey akak sebagai EPMOM sebab Aisy perlukan susu tapi feed guna syringe. Mula-mula marmet dalam just 1/2 oz je. Nurse cakap takpe. teruskan lagi.

Bermula dengan PUMP manual Pureen kemudian bertukar ke Double Pump Malish Ilaria. Memang sangat laju dan senang. Susu pula semakin hari semakin bertambah.



Jadual PUMPING semasa BERPANTANG


1) setiap pagi selepas bangun tidur.
Pada masa ini memang breast akan membengkak. sampai keluar urat-urat hijau. Bila pump memang biasanya akan dapat dalam 12 oz. Settle pump terus masukkan dalam fridge NICU. Dalam NICU diorang memang akan prepare bekas tutup kuning yang sudah disteril. dan setiap bekas tue memang sukatannya 2oz sahaja. so bila nurse amik dia akan amik 1 bekas sahaja la untuk diberi pada Aisy.

2) Tengahari
Selepas makan tengahari. sebelah pagi hingga lunch time akak akan berada dekat dengan Aisy. Macam biasa sembang-sembang pujuk dia keluar spital cepat . opsss! then lunch hour je akak balik ke bilik. Stay hospital maka makanan pon disediakan macam kita adalah patient. 
Settle makan baru la pump. This time hasil pon wajib la dapat 10 oz.

3) Lepas Maghrib
Juga selepas makan dinner. Biasanya dalam pukul 8pm. masa ni pon breast da bengkak da baju pon da basah. So dari membazir baik pump sekurang-kurangnya dapat juga kumpul stok.

Alhamdullillah selama sebulan stay di hospital akak Berjaya kumpul stok sehingga penuh fridge hospital. Then bila sampai rumah terpaksa beli fridge lain yang khas untuk susu Aisy sahaja.

Jadual PUMPING semasa BEKERJA





Ini adalah contoh jadual akak selama menempuh breastfeeding journey ni.Jadual ini akak buat untuk seminggu. Disebabkan stok susu akan memang sudah sangat mencukupi maka akak just tick pada ruangan kosong. tapi pada mereka yang stok masih belum mencukupi akak suggest ruangan kosong tue uoll isi dengan bilangan OZ yang Berjaya dikumpul.

Ruangan 'Bila Perlu' tue biasanya akak akan letak bila pump bukan pada waktu kebiasaannya. Selalunya kalau hormone oxytoxin meningkat breast pon akan start bengkak sebab susu penuh :)

1) 6.30am
Yang ini akak akan pump bila selesai solat subuh. Sebab da mula pakai pump elektrik maka sambil pump sambil akak boleh mengaji. masa ini boleh dapat 12oz juga kerana weekdays akak stay jauh dengan anak.

2)1.30pm
Pump selepas makan lunch. time ni kalau pump dapat dalam 3-5oz. Tapi akak tak pump lama. Just 10-15mins je. Itupon marmet. sebab akak berkejar nak sleep.

3)8.30pm
Biasanya pump lepas Maghrib, jadi akak tak terkejar-kejar nak masak before maghrib dan nak makan. Masa ni baru pakai double pump elektrik . so time tue rasa free and leisure la.

Akak pastikan akak follow jadual akak ini rapat-rapat kerana dalam konsep penyusuan SUPPLY vs DEMAND sangatlah penting dalam menjaga kuantiti susu badan.

Pernah juga jika ada hal kecemasan atau pergi keluar. Akak pastikan akak bawak keperluan mengepum Bersama-sama. Bila ada masa terluang memang WAJIB akak pump.

Actually ada beberapa jenis jadual pump ini uoll. sebab sebagai ibu jadual ini kena adapt dengn kehidupan uoll sendiri. bukan adapt dengan kehidupan orang lain. So akak attach contoh jadual pump yang lain juga sebagai rujukan.



Maka sila pilih the best PUMP schedule. Tapi ingat jangan sampai tak buat langsung dah lah yer.

Selain akak pastikan perut diisi setiap kali dan setiap waktu makan, akak juga pastikan akak minum air masak at least 2 liter sehari.

Walaupun kadang-kadang orang Nampak akak bawak berbondot-bondot beg kesana-kesini. Kena cari tempat-tempat tertentu untuk mengepum. Kena berhempas pulas bawak stok seminggu pulang ke kampung dengan bus. Da kadang-kadang badan sendiri terasa sangat PENAT tetapi ia tak pernah nak putuskan semangat akak untuk pastikan Aisy dapat susu ibu sehingga 2 tahun. Dan juga akak mahukan yang TERBAIK untuk Aisy sehingga dia dewasa.

Oleh sebab semua diatas itu akak paksa diri akak telan supplement. Supplement pada masa sekarang actually bukan sahaja penting sebagai PELENGKAP NUTRISI (kerana makanan harian belum menjamin nutrisi yang badan perlukan adalah lengkap), ia juga sebagai MILKBOASTER dan juga berikan badan akak TENAGA sepanjang hari.

Apa yang akak amalkan supaya perjalanan Breastfeeding akak dan Aisy berjalan lancar? Maka ini adalah rahsianya…







Akak sangat suggest kepada BF mom yang kat luar sana yang ada masalah ketika Breasfeeeding supaya merasai setiap nikmat dan keseronokan bila consume set lengkap tersebut. Di samping uoll juga dapat KONSULTASI PERCUMA dan TIPS EKSLUSIVE.

Afiqah

SID 919489 

013-2590623



No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes