Perjalanan Terakhir Embah Widok Sg Balai - Saya Dia dan Kamu

Tuesday, November 20, 2018

Perjalanan Terakhir Embah Widok Sg Balai

16hb November 2018

Sampai je rumah dari Gopeng around pukul 2pm hampir pukul 3pm. Solat baring kejap terus keluar ke gerai goreng pisang mak. Tak jauh depan rumah je.

Dalam 3.30pm cousin yang stay rumah embah informed ‘Wak jah, embah dah takde.’ Actually makcik satu keluarga stay dengan embah. Jadi famiy diorang yang banyak tolong urusan dalam menjaga embah selama ini.

Kitorang dengan pantas terus kemas-kemas gerai dan bergerak ke sg balai rumah embah. Sampai rumah, bibik (makcik) dah tutup embah dengan kain batik lepas. Memang dah sah embah dah pergi tinggalkan kami. 





Dengan Aisy Arash yang aktif jadi akak bacakan yasin dalam jarak selamat. Settle tolong cousin kemaskan rumah apa yang patut. Tak banyak pun nak kemas sebab rumah memang dah kemas. Add on takde budak kecik yang tolong ‘kemas’

Mak dan abah Informed semua saudara mara dan kenalan mana yang sempat. Akak pula dah informed muiz ( stay Shah Alam) dan Hazimah (stay Terengganu). Muiz amik bus dari Shah Alam ke Simpang Empat pukul 9.00pm. So tugas my husband untuk pickup. Thanks hubby.

Selepas discuss sekeluarga maka planning esok jenazah akan dikebumikan. Urusan mencari keranda adik akak Naqiuddin yang uruskan. kain kafan pula Tok Sidang muda kampung tue yang settlekan Tukang gali kubur dan van mayat pula abah dan cousin laki akak uruskan.

Ikutkan nak mandikan jenazah petang itu, tapi masing-masing dah dapat tugas dan hampir ke maghrib baru settle.  Jadi urusan memandikan postponed ke esok pagi.

Akak dan family tunggu sampai Isyak. Nasib baik akak memang dah siap bawak susu standby dan juga baju Aisy Arash. So diorang keep calm takde menangis sebab tak selesa or lapar susu la. 

Terpaksa balik malam tue sebab yang dewasa ini bau dah macam belacan sebab dah standby dari petang Kan. dan tidur kat rumah sebab kekangan anak-anak akak yang tengah membuas. Malam tue memang tak bawak diorang naik atas rumah. Akak tunggu kat bawah rumah je.

17/11/2018

Sampai rumah sg balai around pukul 7pm. Mak dah pesan nasi lemak. Bagi pada sesiapa yang datang nanti. Maka kami anak beranak lah yang menjamah. Sebab majlis urusan pengebumian akan dilaksanakan seawal mungkin.

Settle breakfast baru akak naik atas rumah lagi. Baca yassin dan surah-surah dalam jarak selamat sambil monitor Aisy Arash.

At the same time around pukul 8am, tempat mandikan mayat cucu-cucu arwah angkat bawak naik atas. Adoiii Aisy punya excited dengan dia sekali tolong pasang. Time tue lega sikit sebab Arash dah tidur.

Around pukul 9am lebih dekat pukul 10am. Ada ketua untuk bantu family kami mandikan embah. 

This part really touch me. Where semua cucunda lelaki embah ramai-ramai angkat embah masuk dalam tempat mandi. Bayangkan semua LELAKI. Dalam hati kecik akak berkata ‘Semoga masa turn aku nanti semua anak lelaki aku juga dapat berbakti sama macam kejadian harini even just angkat masuk dalam tempat mandi dalam perjalanan terakhir aku. Ameennnn.’

Then cucu perempuan take dan anak-anak perempuan embah take over. Termasuklah my mak (menantu). Akak tak tolong sebab handle aisy tapi still tak terlepas moment memandikan jenazah la.

Ketua memandikan embah adalah ustazah Bahasa Arab akak masa sekolah menengah dulu. Dia lead step by step cara memandikan. Sedang family mandikan embah kat ruang tamu, orang kampung yang perempuan pula pasang ‘pakaian’ terakhir embah.

Settle mandikan embah again, semua cucu lelaki embah angkat embah daripada tempat mandi ke ruang tamu pula.

Yang ambil bahagian mandikan embah sekarang ambil bahagian pakaikan embah ‘baju’ pula. Selapis demi selapis baju dipakai. Embah nampak cute bila dah siap.

Emak pakaikan bedak kat muka embah. Another part yang buat akak tersentuh. Dulu masa kecik mak kitelah yang letak bedak lepas mandi. Bertahun-tahun. Now untuk perjalanan terakhir kite as anak pula yang pakaikan bedak. Nampak air mata jernih mak akak mengalir.

Semua anak cucu dipanggil untuk tengok wajah last embah. Sorang-sorang datang dekat dan ada yang kiss dahi embah. Selesai tutup muka embah untuk selama-lamanya. Means kami takkan nampak dah muka embah forever.

Around 10.30am. Embah keluar dari rumah dengan bantuan anak cucu meninggalkan rumah pusaka yang puluhan tahun didiami. Berpindah ke rumah baru yang kekal hingga kiamat. AllahuAkhbar

Urusan di kubur akak tak ikut. Tapi ikutkan maklumat solat jenazah di surau ada 1saf setengah orang. Dan kubur embah dekat dengan kubur arwah suami nya.






Semoga roh embah sentiasa dicucuri rahmah. Jumpa lagi ‘disana’.

Al-fatihah buat embahku Ruminah bt Abdul Rahman

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes