9 TIPS PANTAS MEMILIH COLAGEN TERBAIK UNTUK MUKA CANTIK - Saya Dia dan Kamu

Wednesday, August 8, 2018

9 TIPS PANTAS MEMILIH COLAGEN TERBAIK UNTUK MUKA CANTIK

Next entry adalah mengenal KOLAGEN TERBAIK untuk muka cantik anda. Tapi jom kenali apakah itu KOLAGEN.

Kolagen adalah komponen utama dalam kulit manusia. Lebih daripada separuh protein di dalam sel-sel kulit terdiri daripada kolagen. Which is ia berkait rapat dengan pertumbuhan, pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuatkan kulit lebih bercahaya.

Information yang uoll akan teruja dalah terdapat lebih daripada 25 jenis KOLAGEN wujud dan terhasil dalam badan kita secara semulajadi taw.

33% daripada Protein adalah Protein KOLAGEN
75% daripada kulit adalah dari KOLAGEN
80% daripada tulang adalh daripada KOLAGEN

Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.


Tapi uoll perasan tak apabila umur semakin meningkat kedutan-kedutan di muka semakin bertambah? Yes! itu menunjukkan semakin kita berusia kadar panghasilan KOLAGEN juga semakin berkurang.

Start kite berumur 25 tahun penghasilan KOLAGEN berkurang dengan kadar 1.5%.
Pada umur 40 tahun sebanyak 45% lagi KOLAGEN hilang daripada zaman kita kanak-kanak dulu/
Up to 60 tahun pengeluaran KOLAGEN akan menurun sehingga 50%.



Time inilah BEAUTY as and OLD WOMEN terserlah. Kerana bila KOLAGEN sudah berkurangan ikatan antara protein pon sudah tak kuat. Jadi permukaan kulit akan jadi LEMBIK dan KENDUR. Hihihihi. Tapi bukan beauty yang macam itu kan yang kite nak? Kite nak beauty yang ALWAYS LOOKS YOUNG.


Untung sangat zaman sekarang sebab ramai penyelidik sudah jumpa jalan nak estrak KOLAGEN seagai makanan tambahan supaya badan kita mampu kekalkan keremajaan.

Tapi bagaimana cara nak dapatkan THE BEST COLLAGEN ever ini di pasaran Malaysia?
Jom ikuti 10 Tips best Giler ini :)


1. Semak Label
Kenapa kena semak label. Yerla kite kena tahu ingredients yang ada dalam KOLAGEN yang kita nak beli tue. banyak KOLAGEN lagi bagus. Tapi kalau check-check kolagen just 30% agak-agak la korang rasa berbaloi tak nak consume? So sila jadi pembeli yang CERDIK


2. Pilih Kolagen Dalam Bentuk Makanan atau Minuman
Kolagen dalam bentuk makanan/minuman adalah lebih baik berbanding kolagen yang disuntik. Ini adalah untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan. 

3. Pilih Saiz Molekul Kolagen Yang Paling Kecil
Kebiasaannya kolagen yang banyak dipasaran memiliki 300000 dalton, ianya terlalu besar dan sukar diserap ke dalam tubuh. Manakala kolagen yang baik adalah di antara 3000 hingga 5000 dalton. Kolagen yang mempunyai molekul 1000 dalton, adalah paling halus dan paling mudah diserap ke dalam tubuh.

Oleh sebab kecil molekul kolagen tersebut mempunyai (1000 dalton), ia hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk diserap terus ke dalam dermis, dan apabila dimakan hanya memerlukan 20 minit untuk menyerap ke dalam saluran darah

4. Pilih Kolagen Yang Mempunya Emolien Yang Unggul
Kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan. So takde lah lepas makan KOLAGEN rasa kulit kite kering teruk. Effect la jadi kulit mengelupas pula. So EMOLIENT adalah penting.

5. Pilih Kolagen Yang Mempunyai Elemen Vitamin B dan C
Vitamin-C dan B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

6. Pilih Kolagen Yang Mempunyai Antioksidan Yang Tinggi
Oksida adalah salah satu cara membuatkan kulit muka kite lebih TUA. So cara yang paling best alang-alang telan KOLAGEN biar sekali yang ada sumber ANTIOKSIDA yang tingg bagi melambatkan proses penuaan.

7. Pilih Kolagen Yang Mempunyai Kandungan Glucosamine
Kolagen penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.  Bukan muka je nak CANTIK sendi-sendi pon perlu SIHAT taw.

8. Pilih Kolagen Yang Mempunyai Bahan Merangsang Pembentukan Asid Hyaluronic
Kolagen yang mempunyai bahan yang merangsang pembentukan Asid Hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin. So muka kite pon akan start kurang berkedut. Best tak?

9. Pilih Kolagen Daripada Sumber Marin
pakar nutrisi ada menyebutkan bahawa kolagen terbaik adalah didapati daripada haiwan laut disebabkan:
  • Kolagen daripada sumber haiwan ternakan mempunyai molekul yang terlalu besar dan sukar diserap oleh badan
  • Kolagen daripada tumbuhan pula terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk badan manusia


Setakat ini sahaja perkongsian. Feeling free to share.

KakQah
Mommy of ✌
SID: 919489

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes