Penjagaan ANTENAL semasa MENGANDUNG itu sangat PENTING - Saya Dia dan Kamu

Tuesday, April 24, 2018

Penjagaan ANTENAL semasa MENGANDUNG itu sangat PENTING

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:


Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan. 

Masa mengandungkan Aisy doktor kesan air ketuban banyak. Jadi pemeriksaan selanjutnya dibuat di hospital besar dan saya pilih Hospital Serdang. Alhamdulillah masa kandungan berusia 8bulan air ketuban sudah menjadi normal.

Masa mengandungkan Arash lebih banyak pemeriksaan lanjutan kerana Aisy merupakan kanak-kanak istimewa (Down Syndrome). Jadi doktor pantau sekiranya Arash mengalami masalah yang sama. Masa itu saya diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut di Hospital Shah Alam. Alhamdulillah masa kandungan 7bulan. Doktor Pakar O&G berhenti buat pemantauan kerana kandungan SIHAT dan kemungkinan besar tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah Arash merupakan bayi normal.


Anda tidak perlu "makan untuk dua orang"


Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.
Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).
Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak).

Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.
Jangan mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.

Masa mengandungkan Aisy dan Arash daddy dia selalu carikan mommy diorang makanan yang best-best. Saya sendiri pun selalu menahan diri daripada ambil makanan ringan. Asam dan jeruk pun tak ambil tau. Makanan process macam nugget dan kenyang goreng sangat la elok dijauhi. Kerana semua itu akan masuk dalam tubuh badan bayi anda. Seterusnya memberi kesan terutamanya antibodi mereka.



Elakkan makanan yang TERTENTU 

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil.)

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Semasa mengandungkan Arash akak mengalami cirit-birit yang sangat teruk.  Puncanya selepas makan nasi lemak + kopi panas. Nasib baik masa itu husband ada dekat kawasan PJ. Alhamdulillah lepas pergi Klinik terus ambil teh kosong. Then tiada lagi cirit-birit.




Pengambilan asid folic

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan ou mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Masa sebelum preggy lagi akak memang da amik Vitamin B lengkap with asid folic. Bersyukur sangat Aisy terlepas dari masalah spina bifida semasa 45hari pertumbuhan sel.

Pengambilan OMEGA 3

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

Semua supplement ini memang akak ambil sebab akak tahu nutrisi dari pemakanan tidak cukup untuk cover nutrisi saya dan bayi. Alhamdulillah memang rasa perbezaan bila nutrisi dalam badan cukup berbanding dengan nutrisi yang kurang.



Senaman

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 

Pengalaman saya untuk kedua-dua anak, saya memang kuat berjalan. Disebabkan jarak rumah dan pejabat hanya seberang jalan. Saya berjalan untuk pergi dan balik dari pejabat mengambil masa dalam 20mins. Jadi itulah senaman saya sehingga bersalin.

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvis, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvis adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvis tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.

Tips yang ini sangat bagus tetapi saya jarang buat. Takpe selepas bersalin kena konsisten untuk mula kembali senaman pelvik ini.

Elakkan alcohol

Memandangkan sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Pakar-pakar mengesyorkan bahawa wanita hamil memilih jalan selamat dengan menjauhi alkohol sama sekali. Mereka berkata bahawa jika anda masih mahu minum, hadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Spectrum Disorder - FASD), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

Tips ini memang tiada masalah untuk dilakukan kerana dalam Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan alkohol sebagai makanan.

Kurangkan kafein
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

Kadangkala akak sendiri teringin nak minum Kopi. Tapi dalam masa mengandung 9bulan hanya 2-3 kali sahaja ambil kopi. Pernah ambil kopi sebelah malam kemudian teringat esok ada pemeriksaan antenatal. 

Esoknya bila periksa pada HB turun teruk. Selepas dari itu terus elakkan kopi terutamanya bila ada pemeriksaan antenatal.

Jangan merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. 

Walaupun akak tidak merokok tetapi asap rokok juga sangat merbahaya. Akak selalu mengelakkan diri dari mereka yang merokok. Sanggup ambil jalan jauh jika terserempak dengan smoker.



Elakkan keletihan MELAMPAU

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

Bila mengandung badan memang cepat letih. Jadi aktiviti malam saya hanya duduk di Rumah buat planning atau update blog.

Sambil makan buah-buah. Sebab bila badan penat mula la emosi jadi tak stabil. Maka elakkan badan jadi penat yer.



Yang terakhir untuk kedua-dua pengalaman mengandung akak, supplement merupakan asbab Utama badan akak jadi BERTENAGA. Apatah lagi bila setiap minggu travel dari KL-Teluk Intan. Sertakan bersama doa dan izin Allah.


Di sini akak kongsikan manfaat setiap supplement yang saya ambil setiap hari.


1. Vita-Lea
Multivitamin bersama asid folik dan iron atau zat besi yang membantu melengkapkan nutrisi ibu hamil dan membantu menstabilkan bacaan hb ibu.

2. Vitamin B-Complex
Mengandungi kesemua unsur vitamin B yang sangat penting untuk keperluan badan termasuklah asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan baby. Vitamin B Complex sangat bagus untuk mengekalkan tenaga serta mengurangkan stress ibu-ibu hamil.

3. Vitamin C
Mungkin ramai yang menidakkan kepentingan vitamin C. Tapi percayalah vitamin C sangat penting semasa hamil. Tubuh badan memerlukan vitamin C untuk menguatkan antibodi badan. Semasa hamil, kebanyakan ibu-ibu sukar untuk mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Jadi vitamin C lah menjadi penyelamat untuk mengurangkan jangkitan virus dan bakteria semasa hamil.

4. ESP
Serbuk soya yang mengandungi protein serta kandungan kalsium membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan serta membantu menguatkan rahim. Selain itu, protein juga sangat penting untuk perkembangan sel.

5. Ostematrix
Tablet kalsium yang membekalkan sumber kalsium untuk pembentukan tulang bayi serta memenuhi keperluan kalsium ibu. Pengambilan Ostematrix semasa hamil sangat penting sebabnya, baby memerlukan kalsium. Kalau ibu tak membekalkan kalsium yang mencukupi, maka kalsium ibu akan dicuri, menyebabkan tulang ibu rapuh dan gigi juga mungkin akan luruh 😱 Oh ya, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sembelit semasa hamil 😊 Haaaa satu lagi, Ostematrix juga membantu mengurangkan sembab air atau edema semasa hamil.

6. Omega Guard
Omega Guard yang mengandungi kandungan EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan fungsi neuron bayi. Dalam ertikata mudah, membantu perkembangan otak bayi. Pada masa yang sama, juga membantu mengurangkan inflamasi atau pembengkakan pada ibu.

Semoga perkongsian akak ini dapat menjadi panduan pada ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana.

Sharing is caring is loving ❤️

KakQah 
Page:Mr & Mrs Health With Natural Supplement
Blog:mrmrsfirdaus.blogspot.com

Sumber: babycenter


No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes