tips bisnes online - Saya Dia dan Kamu

Tuesday, July 18, 2023

tips bisnes online

Tips Bisnes Online

Ramai sekarang yang sudah mula terjebak secara sengaja atau tidak sengaja dengan bisnes online.

Ia termasuklah juga akak yang telah berkecimpung dengan bisnes online sejak 2013 lagi. Pejam celik pejam celik rasanya dah nak mencecah 10 tahun.

Jadi harini akak nak share sedikit tips terutamanya beginner yang baru berkecimpung dalam business online ini la.

BUAT LAMAN WEB YANG MENARIK

Mungkin ramai orang akan cakap 'ramai orang sekarang suka pada medium lain seperti FB, TikTok,IG atau Twitter.'

Tetapi percayalah pencarian dari Mr Google masih ranking tertinggi. Jadi kena rajin update blog dan hasilkan blog yang menarik untuk dibaca oleh 'pencari' maklumat.

SIMPAN DATA PELANGGAN DENGAN BAIK

Data is the key. Jadi mahu atau tidak mahu dalam berbisnes kita WAJIB mencari customer.

Antara caranya adalah mewujudkan button subscribe supaya mudah untuk kita perolehi maklumat peribadi mereka.

Selain memberi reward untuk mereka yang pertama Kali subscribe, ia mampu menarik lebih ramai lagi pelanggan.

Kemudian boleh bina bonding dengan lebih baik dengan berbual di ruangan online chatbox.
Dari situ kita boleh promote apa yang kita jual berdasarkan kepada keperluan mereka.

ADD ON DI PLATFORM LAIN

Business online adalah sangat luas. Mahu atau tidak mahu kita besarkan misi carian customer dengan radius yang lebih besar dan pelbagai.

Bestnya sekarang setiap medium boleh di link kan antara satu sama lain taw. Ataupon satu content boleh do publish pada pelbagai medium.

Best kan? Mudah serta menjimatkan masa. Jadi tiada alasan untuk tidak berbisnes secara online sekarang ini.

SHARING DARI HATI

Biasanya customer suka pada sharing seseorang. Kerana ia lebih menyentuh ke diri customer dibanding kan dengan menggunapakai atau meniru cerita orang lain.

Cerita dari hati biasa menarik pembaca yang mempunyai cerita atau pengalaman yang sama. Ini kerana mereka mahukan information atau solusi.

Jadi jangan lupa letak solusi juga testimoni yang benar.

ISTIQAMAH DAN NEVER GIVE UP!

Dalam business tiada yang mudah tetapi tidak juga sukar. Ada up dan juga down. Ada fasa kita berada di atas. Tetapi tidak mustahil juga boleh berada di bawah.

Teruskan istiqamah untuk membuat routine business kerana ia mampu buat diri kita sendiri bersemangat.

Jika jatuh sekali bangunlah berkali-kali. Tiada siapa yang mampu nak bangunkan kita kecuali kita sendiri.

Cari Circle yang betul supaya diri tidak mudah hanyut dek kesenangan ataupon kesusahan.



Bisnes Online 
Untuk info lanjut dan pembelian ResV atau sebarang product Shaklee, boleh hubungi KakQah di 0132590623 (Touch to Whatsapp)

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes