Kerja dari Rumah - Saya Dia dan Kamu

Monday, July 10, 2023

Kerja dari Rumah

Kerja dari Rumah

Ramai sahaja di antara kaum wanita memilih untuk bekerja dari rumah. Malah ia sudah menjadi trend sewaktu PKP sewaktu pandemic pada 2020.

Yang mana bukan sahaja mereka yang sedang bekerja dari rumah memang bekerja di rumah. Malah yang bekerja dia pejabat juga perlu bekerja di rumah.

Cabaran?

Ia kelihatan senang dan menyeronokkan tetapi sebenarnya cabaran besar sedang menunggu. Ini kerana bukan kita sahaja yang berada di rumah, tetapi seluruh keluarga berada di rumah.

Jadi kerja akan menjadi double. Uruskan keluarga juga uruskan kerja di pejabat. Penat sangat jika tiada cara yang sistematik.

So let's iolls share tips untuk bekerja di rumah.

1. Minta kerjasama dengan suami


Sekiranya anda dan suami bekerja dari rumah, tidak ada salahnya untuk meminta suami bersama-sama menjaga si kecil yang mungkin perlukan perhatian lebih daripada kedua ibu bapanya.

Sebagai contoh jika hari tersebut anda perlu menghadiri mesyuarat online, minta bantuan suami untuk uruskan urusan rumah sepanjang mesyuarat.

Tetapi jika hari biasa, minta bantuan semua ahli kelurga untuk menyelesaikan urusan mereka di rumah semampunya.

Seperti contoh kemas selepas makan dan minum, kemaskan bilik,buat kerja sekolah dan bantu pantau adik-adik yang kecil.

Semestinya suami isteri akan lebih bertenang dalam menyelesaikan urusan pejabat.

2. Sediakan ruang untuk bekerja

Perkara ini paling penting kerana kadang-kala jika anda perlu menghadiri mesyuarat secara dalam talian misalnya, sudah pasti tidak mahu gangguan daripada si kecil. Jadi, pastikan terdapat bilik khas untuk anda berkerja dan maklumkan kepada anak, anda tidak boleh diganggu dalam tempoh masa tertentu kecuali kecemasan.

Bilik khas ini tak perlu terlalu besar, cukup satu ruangan yang selesa yang kurang dapat diganggu dari orang luar.

3. Disiplin

Meskipun bekerja dari rumah, bagi si ibu kadang-kala perlu menguruskan hal membabitkan kerja-kerja rumah yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat memberi fokus kepada kerja pejabat yang sudah ditugaskan.

Jadi, sediakan satu jadual dan ikut jadual berkenaan dari segi memasak, membasuh pakaian dan tempoh waktu berkerja. Perkara ini dapat membantu anda daripada menjadi kelam kabut untuk menguruskan hal rumah tangga dan kerjaya.

Anak-anak tidak terabai. Rumah tangga bahagia. Kerja hakiki siap tanpa amarah ketua-ketua.

4. Didik anak untuk memahami diri anda

Kanak-kanak sebenarnya jika di asuh dengan cara berkomunikasi dengan baik, mereka dapat memahami tugas ibu bapa mereka. Gunakan gaya pendidikan kanak-kanak dengan betul terutama dari segi berkomunikasi supaya anda dapat memahami kehendak si anak dan anak juga dapat mengetahui tugas anda.

Sebelum kita meninggalkan mereka bermain, ini tangki emosi mereka sepenuhnya. Bila tangki emosi sudah penuh memang mereka tidak lagi mengganggu kita sewaktu bekerja.

5. Pastikan anak mempunyai tugas sendiri
Jika anda hanya membiarkan si kecil hanya membuat suatu perkara sahaja mereka sudah pastinya akan bosan. Tidak ada salahnya jika anda mempelbagaikan aktiviti kepada anak ketika di rumah seperti membaca, melukis atau bermain alat permainan yang dapat menguji kepintaran minda mereka.

Aktiviti juga mestilah sesuai dengan umur. Barulah mereka akan merasa lebih fokus dan perkembangan otak mereka berkembang dengan pesat.

Apa pon semua tips perlukan kesihatan yang baik untuk merealisasikan. Kerana kesihatan adalah kunci kehidupan lebih gembira.

Nak kesihatan menyeluruh add on supplement dalam kehidupan seharian juga.

Untuk info lanjut dan pembelian ResV atau sebarang product Shaklee, boleh hubungi KakQah di 0132590623 (Touch to Whatsapp)

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes