Tips Travel - Saya Dia dan Kamu

Thursday, July 20, 2023

Tips Travel

Tips Travel Terbaik  Untuk Travel Dengan Baby atau Anak Kecil

Bawa pakaian yang sesuai dan juga mudah kering jika di basuh

Biasanya baju kanak-kanak terlalu mudah Kotor asbab aktiviti mereka yang suka bermain di merata-rata tempat ataupon semasa mereka makan. Kadangkala mereka 'terlepas' poo poo di dalam seluar.

Oleh itu penyediaan pakaian lebih sangat-sangat digalakkan. Lagi-lagi jika anda travel bersama anak-anak kecil yang lebih dari 2 orang.

Pakaian yang disediakan haruslah tidak terlalu nipis atau tebal. Jenis kain pula seeloknya yang mudah kering pabila dibasuh. Ia dapat menjimatkan ruang beg baju anak-anak juga.

Sediakan  sebuah bag galas atau sling untuk barang harian baby

Jika anda travel pada lokasi yang agak jauh beg galas ini amat memudahkan. Biasanya dalam beg galas disediakan sehelai baju untuk standby, 1-2 helai pampers, mandian juga tuala.

Beg galas ini mudah kerana kita tidak perlu mencari baju mereka di dalam beg utama yang mana ada lebih banyak baju. Juga mengelakkan beg baju utama berselerak juga.

Sediakan bag galas untuk makan minum baby.


Bayi atau kanak-kanak akan dapat melakukan aktiviti yang terlalu terhad bila berada di dalam kenderaan.

Kadangkala membuat mereka menjadi cepat bosan. Oleh itu pemberian makanan dapat mengurangkan rasa bosan tersebut 

Kerana apabila mereka kenyang mereka mudah tidur. Dan biasanya tidur mereka menjadi lebih lama dari biasa.

Oleh itu sediakan satu beg galas yang hanya ada makan dan minum kebiasaan anak-anak anda. 

Jika dalam perjalanan baru nak membeli, menjadi kerisauan makanan yang sesuai untuk anak-anak anda tiada. Ia memberi kesan kepada anak menjadi tidak selesa sepanjang perjalanan.

Atur Masa Perjalanan Yang Sesuai.

Ibu bapa juga boleh mengatur masa perjalanan yang sesuai. Contoh bergerak seawal pagi kerana waktu tersebut adalah waktu mereka masih tidur.

Jika bergerak dalam pukul 10am, anak-anak Masih aktif dan berada di dalam mode bermain.

Tolong berhenti di hentian atau stesyen

Destinasi perjalanan yang jauh akan mengambil waktu yang panjang untuk sampai. Anak-anak semestinya kebosanan di dalam kereta.

Oleh itu berhentilah di mana-mana hentian atau stesen. Bawak mereka keluar sambil meregangkan badan.

Yer its will take more times tapi ia bagus untuk pastikan mood anak-anak sentiasa okay sepanjang perjalanan.


Untuk info lanjut dan pembelian product Shaklee, boleh hubungi KakQah di 0132590623 (Touch to Whatsapp)

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes