NAK KURUS NAK KURUS NAK KURUS DENGAN CEPAT
Waktu sekarang ramai sudah mula sedar kepentingan kesihatan diri berbanding pada waktu dulu. Ini kerana indeks menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia sedang dilanda masalah OBESITI. Iaitu berat badan yang berlebihan.
Ia secara kasar tidaklah nampak terlalu buruk tetapi sebenarnya apabila berat badan bertambah secara tidak langsung menjadi 'penjemput' kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis juga darah tinggi. Yang mana 3 penyakit serangkai ini memberi kesan pengambilan ubat yang berpanjangan seumur hidup jika tiada alternatif lain.
MAHUKAH ANDA?
Semestinya jawapannya adalah TIDAK MAHU. Jadi langkah yang terbaik adalah kurus dengan cepat supaya berat badan anda semua menjadi lebih IDEAL dan tiada lagi berada di tahap obesiti. Mari ikuti langkah ini.
K
Kurangkan Karbohidrat Lebihkan Protein
Jika anda membaca beberapa journal mengenai diet yang sihat, pemilihan makanan terutamanya pengambilan karbohidrat yang sangat kurang dapat memberikan kesan mengurangan berat yang sangat ketara.
Karbohidrat sebenarnya bukan hanya berasal dari bijirin seperti nasi, ia juga adalah ubi-ubian serta gula juga. Tetapi kebiasaanya bila kita kurang mengambil karbohidrat kadar kelaparan pula menjadi-jadi menjadikan kehidupan seharian tidak keruan.
Maka dalam hal ini, pengambilan protein yang terbaik digalakkan. Protein yang baik mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan craving juga terkawal. Akak sendiri sudah mengambil protein berasaskan soya sejak 8 tahun lalu.
Tidak hairanlah bila ramai kenalan atau saudara mara kerap kali bertanya rahsia badan kekal kurus walaupun sudah bergela ibu kepada 3 orang anak. Waktu menyusu dan mengandung adalah waktu kritikal untuk mempunyai berat yang cantik.
Tapi tidak mustahil dengan Shake yang dihasilkan oleh Shaklee.
U
Utamakan makanan sebenar bukan terproses
Untuk makanan, sudah jelas lagi terbukti bahawa makanan terproses mempunyai kadar garam dan lemak yang tinggi dalam membina berat badan yang obesiti. Owh ya, maksud makanan sebenar disini adalah makanan yang tidak terproses.
Contoh makanan sebenar adalah ayam yang disembelih, bukan ayam popcorn yang siap sedia untuk digoreng. Ataupun sayur yang masih fresh bukan sayur yang telah diperasakan dan hanya perlu dipanaskan. Ataupun ubi kentang yang masih berkulit dan mampu tumbuh kembali jika diletakkan di tanah, bukan kentang didalam plastik yang telah siap sedia dipotong untuk digoreng.
Ha! kena pandai beza tue.
Kenapa makanan sebenar? Kerana ia masih mengandungi kadar nutrisi yang tinggi yang diperlukan oleh badan. Mampun mengenyangkan badan korang yang kelaparan juga mengandungi kadar kalori yang sangat rendah.
R
Restkan perut dengan berpuasa atau Intermittent Fasting
Pernah dengar kan Intermittent Fasting. Ia adalah satu progran yang mana ada waktu untuk makan ada waktu untuk kita tidak makan. Waktu untuk makan, korang boleh menikmati waktu tersebut tetapi kalau nak cepat kurus semestinya pemilihan jenis makanan adalah sangat terbaik.
Bila tiba waktu tidak makan, hanya air masak atau beberapa air tertentu boleh kita nikmati dengan gembira. Seriuosly ia sangat enjoy pabila dilakukan secara santai dengan ilmu juga bersama group support.
Akak sendiri walaupun sudah kurus masih menyertai group Intermittent fasting. Kerana ia juga mampu mengembalikan kesihatan tubuh badan terutamanya gula dalam badan. Dan secara langsung lemak-lemak tersebunyi juga dapat dibakar dengan efficient. Dalam group ini juga kami mengamalkan set New You yang menjadikan hari-hari Intermittent Fasting kami lebih indah.
Hasilnya semua baju-baju anak dara akak masih boleh digunakan sehingga kini. bestkan.
U
Urus kalori dengan baik
Bagaimana nak urus kalori dengan baik ini? Jom baca tips ini. Langkah yang pertama adalah
- Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan
- Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda
- Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap
- Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji
- Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula
S
Senam setiap hari
Senam setiap hari
Nak burn kalori dengan mudah, mudah je. Jom senam 30minit setiap hari. Macam-macam cara bersenam korang boleh cuba buat taw. Antaranya jogging, angkat berat atau berlari. Tetapi jika korang perasan aktiviti seharian seperti berjalan ke tempat kerja, atau menaiki tangga juga boleh membakar kalori secara tak langsung.
Then weekend korang boleh ajak keluarga pula menjalankan aktiviti seperti bermain bola sepak, atau badminton bersama-sama. Ia bukan sahaja mampu memberikan kesihatan badan malah kesihatan mental serta berhubungan yang baik sesama ahli keluarga.
K U R U S adalah langkah mudah yang korang boleh amalkan setiap hari tanpa beban. Nak tahu lebih lanjut just text akak tanpa segan-silu okay.
Meh telan link ini
No comments: