Apakah maksud jeragat?
Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.
Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.
Menurut Dr. Kiran Sethi dari New Delhi, jeragat berbeza dengan tahi lalat.
Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah.
Malah, masalah jeragat hanyalah secara kosmetik semata-mata dan bukanlah tanda penyakit.
Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari.
Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat.
Sebab itulah, jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, bahu dan juga tangan.
Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat.
Ada sesiapa yang sudah ada jeragat? Cuba angkat tangan.
Mesti pening bagaimana cara nak hilangkan jeragat ini kan dengan cara mudah serta murah.
Jom iolls share petua hilangkan jeragat secara semulajadi dahulu.
1. JUS PERAHAN LEMON
Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
2. ALOE VERA
Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.
Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.
3. SERBUK KUNYIT
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.
Amalkan tip ini seminggu sekali.
4. TEH HIJAU
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
At the same time apply SPF50 untuk memastikan jeragat yang baru tidak terbentuk dan memastikan kulit yang terdedah dengan cahaya matahari dilindungi.
iolls pakai AGE DEFENCE MOISTURIZER SPF50 yang memang ada broad-spectrum bersama pelembap juga.best kan? Nak?
Untuk info lanjut dan pembelian sebarang product Shaklee, boleh hubungi KakQah di 0132590623 (Touch to Whatsapp)
No comments: