Amalan gaya hidup sihat - Saya Dia dan Kamu

Friday, June 30, 2023

Amalan gaya hidup sihat

Dalam kehidupan kita semestinya SIHAT menjadi asas atau perkara penting yang perlu dikejar. Kerana bila kita sihat Dari segi mental dan fizikal, kehidupan kita akan menjadi lebih indah, lebih positif serta menggembira.

Jom iolls share 5 Amalan Hidup Sihat yang boleh dipraktikkan seharian.

S
Senaman
Senaman adalah aktiviti fizikal yang kita seringkali alpa untuk melakukannya. Ia tidak mengambil waktu yang lama. Hanya 10 min sahaja diperlukan sehari.

Mungkin kita penat bekerja seharian, jadi sampai rumah sambil bawak anak beriadah, boleh kita buat lari-lari anak atau jogging setempat.

Peluh yang keluar mampu membuang toksik dan buat jantung kita menjadi lebih sihat juga.

I
Ikut suku-suku separuh

Sekarang kementerian kesihatan sudah mula mempromosikan program kesihatan suku-suku separuh. Yang mana separuh adalah sayur. Suku lagi adalah nasi dan protein.

Melalui program ini dapat melatih masyarat Malaysia untuk mengambil makanan yang lebih sihat seterusnya menjana kepada badan Dan kehidupan yang sihat.


H
Hati-hati memilih makanan

Untuk menjadi sihat makanan adalah perkara yang teramat penting untuk diambil kira. Kerana hidup perlukan makanan. Bukan makan untuk hidup erk.

Dengan keadaan Malaysia sendiri yang merupakan syurga makanan jadi kita tidak dapat nak mengelak dari makanan yang sedap-sedap.

Maka pilih makanan mengikut peraturan untuk diri sendiri. Contoh 5 hari adalah pengambilan makanan berkhasiat. Hujung minggu adalah ' cheating day'. 

Nikmati cheating day dengan merasai pelbagai rasa makanan di Malaysia bukan sehingga kenyang okay 😁

A
Ambil berat kesihatan mental
Mental yang sihat sangat membantu seseorang untuk menjalani rutin kehidupan yang lebih baik. 

Pelbagai perkara yang kurang best terjadi di dalam kehidupan mampu ditangani dengan baik tanpa menyakiti sesiapa pon.


T
Tambah supplement 
Last tetapi bukan terakhir adalah pengambilan supplement yang tepat juga selamat. Ini kerana real food waktu sekarang adalah tidak mencukupi dari segi nutrisi.

Dapat sesuatu?


Untuk info lanjut dan pembelian sebarang product Shaklee, boleh hubungi KakQah di 0132590623 (Touch to Whatsapp)


No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes