GLUTEN MERBAHAYA? - Saya Dia dan Kamu

Wednesday, August 8, 2018

GLUTEN MERBAHAYA?

Seringkali orang cakap pasal GLUTEN especially parents yang ada anak ECZEMA tapi just dengar sambil angguk kepala. Actually akak pon camtu weh. Tak pernah dengar pasal GLUTEN ini apatah lagi nak ambil tahu.

Tapi bila kita sering berjumpa dengan mereka yang ada masalah especially anak ECZEMA kena pantang GLUTEN barulah curiousity tue datang setinggi KLCC.

Payah juga nak cari pasal GLUTEN ini dalam Malaysia sebab banyaknya dalam bahasa Indonesia. Korang beruntung sebab akak buat review in Malay taw 😉

Gluten (dari bahasa Latin gluten, "gam") adalah sebuah komposit jenis-jenis protein simpanan seperti prolamin dan glutelin[ yang disimpan bersama-sama dengan kanji di dalam endosperma (yang menyuburkan embrio tumbuhan semasa percambahannya) pelbagai biji-bijian jenis rumput. Bahan ini ditemui pada gandumbarliraioat, spesies dan hibrid yang berkaitan dengannya (seperti spelt, khorasan, emmertriticalekamut dan sebagainya)[2] serta produk yang terhasil (seperti malt). Gluten dikehendaki kerana sifat kelikatannya.[3] Ia memberikan sifat ketegangan pada doh, membantu doh naik dengan bentuknya terjaga dan sering memberikan tekstur yang kenyal pada produk akhir.
Gluten merupakan nama kolektif bagi kumpulan prolamin yang terkandung pada gandum (gliadin), barli (hordein), rai (sekalin) dan oat (avenin). Dalam satu bahagian kecil daripada populasi umum, gluten boleh menyebabkan penyakit seliak, kepekaan gluten bukan seliak, ataksia gluten dan dermatitis herpetiformis. Keracunan avenin oat pada penghidap gangguan berkaitan dengan gluten bergantung pada jenis kultivar oat dimakan kerana tindak balas imun prolamin yang toksik berbeza-beza di antara jenis oat.[4][5][6]Selain itu juga, banyak produk oat boleh tercemar dengan bijirin lain yang mengandungi gluten.





Untuk pengetahuan anda gluten kini digunakan untuk menghasilkan banyak bahan-bahan perisa tambahan yang terkadung dalam makanan-makanan yang dibungkus dalam pelbagai perisa. Takut tak dengar?

Kadang-kadang kandungan gluten ada juga dalam makanan yang kelihatan tidak mengandungi gluten seperti gula-gula, roti or kuah blackpepper.

Actually mana-mana yang berasaskan gandum tak kira sudah jadi tepung ke, masih biji gandm ke, wholemeal bread yang sihat tue ke, spaggeti organik ke, biskut tawar yang suci murni tue ke semuanya mengandungi GLUTEN.



MERBAHAYAKAH GLUTEN?

Gluten menyebabkan mereka yang mengalami 'Celiac diasease' mengalami beberapa simptom seperti boleh rosakkan usus kecil.  Celiac Diasease ini adalah Penyakit Autoimmune. KIranya macam immune system badan yg sepatutnya lawan penyakit, serang sel baik sendiri.
.
Bagi mereka yang mengalami ‘irritable bowel syndrome’ atau IBS, pengambilan gandum dalam diet mereka boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit atau sembelit. Mereka tidak dapat menghadam gandum sepenuhnya. Ini boleh mempengaruhi aktiviti bakteria-bakteria di sistem penghadaman yang seterusnya menyebabkan penghasilan gas dan air yang berlebihan yang akhirnya menyebabkan masalah penghadaman.


Di sini akak nak share sebab lain perlunya GLUTEN FREE

 (1) Gluten menyebabkan usus bocor. Gluten merosakkan saluran di usus anda sehingga membolehkan zarah kecil makanan, bakteria, dan bahkan toksin yang tidak dapat dicerna terlepas dari lapisan pencernaan masuk dalam saluran darah. Usus bocor ini boleh membawa kepada masalah-masalah kesihatan lain dan masalah autoimun.

(2) Gluten mencetuskan keradangan. Perut bocor yang disebabkan oleh gluten akan menyebabkan keradangan. Keradangan kronik menyumbang kepada setiap penyakit degeneratif, termasuk diabetes, Alzheimer, kanser, dan obesiti.
(3) Makanan bergluten mengandungi nutrisi yang rendah. Roti dan pasta sangat rendah kandungan vitamin, mineral, dan nutrisi lain berbanding dengan sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, dan bijirin.

Malah Gluten menghalang penyerapan nutrisi lain. Gluten bukan sahaja mengandungi sedikit nutrisi tetapi ia mencuri nutrisi dari makanan lain.
Sebagai contoh, usus bocor (leaky gut) adalah dicetuskan oleh gluten. Gluten menghalang badan kita daripada menyerap nutrisi dan membuat vitamin B12. 
Gluten juga mengandungi phytates, anti-nutrien yang boleh menyekat penyerapan mineral.
Gluten menjadikan anda gemuk. Gluten mengandungi lectins, yang boleh membuat pra-diabetes dan menyebabkan kita menyimpan lebih banyak kalori sebagai lemak. Untuk membuat keadaan lebih teruk, lectin boleh mencetuskan rintangan leptin, yang membuat anda berasa lapar walaupun anda telah memakan makanan penuh.


Orait rasanya cukup kowt if nak review pasal GLUTEN dan GLUTEN FREE ini. Harap ia dapat membantu korang yer :)
KakQah
Mommy Of ✌
SID 919489







No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes