ARASH Journey - Saya Dia dan Kamu

Tuesday, April 24, 2018

ARASH Journey

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan. 

Masa mengandungkan Aisy doktor kesan air ketuban banyak. Jadi pemeriksaan selanjutnya dibuat di hospital besar dan saya pilih Hospital Serdang. Alhamdulillah masa kandungan berusia 8bulan air ketuban sudah menjadi normal.

Masa mengandungkan Arash lebih banyak pemeriksaan lanjutan kerana Aisy merupakan kanak-kanak istimewa (Down Syndrome). Jadi doktor pantau sekiranya Arash mengalami masalah yang sama. Masa itu saya diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut di Hospital Shah Alam. Alhamdulillah masa kandungan 7bulan. Doktor Pakar O&G berhenti buat pemantauan kerana kandungan SIHAT dan kemungkinan besar tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah Arash merupakan bayi normal.

Actually semasa Arash akak terlambat untuk buat pemeriksaan. Kenapa? actually untuk mereka yang ada history down syndrome baby once uoll disahkan pregnant terus kena pergi buat checkup. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan baby kedua down syndrome juga dengan cara menggugurkan kandungan tersebut.

Tetapi akak terlambat buat checkup kerana, masih mengambil mood untuk 2nd preggy. sebab masa tue macam tak betul-betul ready. 

Then masa 3bulan baru buat buku PINK.

After buat normal checkup di Klinik Taman Medan, mereka beri satu kertas maca kupon untuk membuat details scan di sebuah tempat khas untuk scan. And at the same time akak juga direfer di Hospital Shah Alam.

Kedua-dua perlu membuat appointment sebelum pergi. Dan tarikh terdahulu adalah akak perlu berjumpa O&G di hospital Shah Alam.

Alhamdulillah akak dapat doctor O&G seorang perempuan India, dia merupakan doctor pakar di hospital tersebut. Sebab masa tengah check up akak dapat call dari Labour Room Tanya next plan untuk patient tersebut. Rasa berharganya iolls ni.

Then dia explained, actually untuk masalah history down syndrome ni baby dalam kandungan hanya boleh dipastikan mengalami masalah tersebut dengan cara:

1) mengambil darah (RM900)
2) mengambil air ketuban (RM1000)

Dan kesemua test tersebut perlu dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. dan jika mengambil pilihan kedua risikonya adalah 1% untuk berlaku leaking. Owhh.. risau sebab masa Aisy pun terbersalin awal.

Then lepas berbincang dengan husband kami decide untuk tidak membuat sebarang test dan akan teruskan pregnancy ini.

Orait then proceed pula dengan details scan. Pengalaman yang penat juga sebab dekat 2 jam kena scan taw. Yerla tempat itu sebenarnya sebuah kolej yang mengajar student untuk imaging. Hampir 1jam setengah di scan oleh student and another 1/2hours with mentor diorang. 

Alhamdulillah every okay. Perkembangan juga sangat baik selari dengan umur baby masa tue. Tiada sebarang komplikasi atau ketidaknormalan ditemui.

Then next check di Hospital Shah Alam balik.

Actually doctor di sana pon buat detailed scan. Memang dia cerita everything normal. Tiada apa-apa yang abnormal. But she cannot prove it 100% normal. So akak pun informed yang we all sudah buat decisions untuk tidak mahu melakukan apa sebarang test dan mahu meneruskan this pregnancy. and she accept it nicely :).

Alhamdulllah tepat 39 weeks 6hari lahirlah seorang lagi putera comel kitrang seberat 3.01kg pada pukul 5.04pm.

Kami namakan dia dengan nama
Arash Nur Fidaaeiy
Darjah Tertinggi Cahaya Pejuang di Jalan Islam


KakQah
Mommy of ✌








No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes