8 5 KHASIAT SAYURAN HIJAU
1. Membantu proses menurunkan berat badan
Ia rendah karbohidrat dan kaya dengan serat. Bantu beri rasa kenyang berpanjangan. Menu sangat sesuai untuk penurunan berat badan.
2. Mencantikkan kulit
Mangandungi banyak air, bantu badan kekal kelembapan dan menyumbang pada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen. Mengurangkan risiko arthritis.
3. Membina dan memperbaiki tulang
Sayuran hijau seperti kailan tinggi dengan kalsium dapat bantu pastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.
4. Memastikan sistem imun kuat
Sayur seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
5. Menangani masalah kesihatan
Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.
Bagi anda yang sukar untuk makan sayur, ini masanya untuk anda mula berjinak-jinak mengambil sayur dalam diet seharian.
Your Trusted SID
Afiqah
0132590623
No comments: