Butter Prawn.... Nyummmy!!! - Saya Dia dan Kamu

Monday, December 22, 2014

Butter Prawn.... Nyummmy!!!

Assalamualaikum...

Ha...entry this time not about supplement yar... tapi mengenai MAKANAN.... ngeee... so nyummy...

actually da lama peram resipi ni taw.tp rini sy share la. resipi ni actually ringkas n mudah jer. pokok pangkalnya RAJIN or MALAS.

Okeh sebelum kita main masak-masak kena la prepare ingredients.


Bahan-bahannya:

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah, keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.

Tambahkan,
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa

gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan

Bahan Floss ( kuning telur)
125g mentega / butter
4 biji kuning telur
 secubit garam
secubit gula

Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama kuning telur
Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter
Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak nak guna butter guna semua minyak jagung pun boleh
Panaskan minyak dan butter.
Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau.
Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.
Terus kacau hingga ia berbuih
Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya.
Ketepikan
 *utk dapatkan flos yang cantik, gunakan senduk yg bulat semasa mengacau

Bahan Tumis

3 tangkai daun kari ~ di raut dari tangkai
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 tangkai cili padi ~ di hiris
garam dan gula secukup rasa

Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi
atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan udang dan gaul mesra.
Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam pinggan
tuangkan floss telur tadi
Sedia di nikmati.



Ha.... amacam....try la mmg bez. Okeh disebabkan resipi kali ni mempunyai kadar kolesterol & lemak yang tinggi, Sila la makan FAT BURNER erk aka OMEGA & LECITHIN.

Selamat mencuba....

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement  
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com  
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303  
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh 










No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes