B compleks wat I jadi GEMUK???? - Saya Dia dan Kamu

Thursday, November 27, 2014

B compleks wat I jadi GEMUK????


Assalamualaikum.....


B compleks wat I jadi GEMUK????

Selalu kan dengar statement kat atas ni. dulu pon saya da mindset kepala ni, jgn amik vitamin b ni nnti jadi demukkk... takut. 

Tapi bile nk amik set Flawless from Shaklee, de plak vitamin b ni.hadoiii cuak da ni. hurm... tnpa mencari sebarang info just supply je Vitamin B ni, alhamdulillah xde plak mitos2 yg da di mindset menjadi. Berat n saiz badan sama je macm dulu. Time ni baru nk try ber google.

Orait jom baca sikit fakta & mitos tentang Vitamin B ni.

Mitos atau Fakta?

Dalam pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan, kita sering kali mendengar, orang akan memberitahu kita bahawa, jika anda ingin gemuk, bolehlah ambil Vitamin B-Complex. Malahan, Vitamin B-Complex membantu menambahkan selera makan anda. Sejauh mana kenyataan ini boleh diterima pakai? Jika kita pergi ke farmasi, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan vitamin yang di label B-Complex, tetapi, kandungan vitamin B di dalamnya, tidak mencukupi sehingga 8 jenis Vitamin B.

Kenali 8 vitamin B yang perlu ada di dalam B-Complex :

Terdapat satu hubung kait antara Vitamin B dengan berat badan. Namun begitu, terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa penurunan berat badan juga mengaitkan keperluan pengambilan Vitamin B. Mari kita letakkan semua fakta ini bersama dan terangkan bagaiman vitamin B ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Bagaimana Hubung Kait Vitamin B dengan Berat Badan?

Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah  merah dan pengeluaran tenaga.

Semua vitamin B-Complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-Complex bekerjasama, jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.

Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:

  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.

B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.

Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.

Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.




Syarat-syarat B compleks utk loss weight:

Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka pincanglah fungsi B-complex kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. 

Cuba lihat botol B-complex anda. Cukupkah kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B. Awas ye. Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.

Jadi, ianya hanya mitos jika anda mengamalkan B-Complex Shaklee dan dikatakan boleh menggemukkan. Ada cara pengambilan untuk gemuk mahupun kurus dengan B-Complex Shaklee.


Perbezaan B-Complex Shaklee


  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  – Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Haa.... so da try la rahsia nape B compleks yg saya amik ni x menggemukkan langsung.so pasni uoll semua kena la alert ngn kandungan B compleks supaya kesannya n hasilnya memuaskan kite.



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

 
  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh  

No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes