November 2014 - Saya Dia dan Kamu

Thursday, November 27, 2014

Mama... Gatal...!!!! Eczema menyerang lagi anakku....
November 27, 20140 Comments
Assalamualaikum....

Hi uoll.... mommies & daddies. Okeh, macam biasa rini kite nk discus2 pasal eczema. Ecezema ni mmg xasing ag ngn masyarakat sekarang especially babies and budak2.



Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.


Faktor-Faktor Eczema:

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

 

Langkah-langkah mengelakkan Eczema:

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian:

  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
  
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi sari tumbuhan yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ia tidak berminyak, sangat cepat meresap dalam kulit dan bertindak secara efective tanpa meninggalkan kesan tidak selesa terutama pada bayi dan kanak2..sgt berkesan dalam merawat ruam dan eczema.



So utk krim luar yg more too steroid better uoll kurangkan. sebab ia akan menghakis kulit baby uoool. so gantikan ngn krim yg organic ni. much more better. 

  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh
 



Reading Time:
B compleks wat I jadi GEMUK????
November 27, 20140 Comments

Assalamualaikum.....


B compleks wat I jadi GEMUK????

Selalu kan dengar statement kat atas ni. dulu pon saya da mindset kepala ni, jgn amik vitamin b ni nnti jadi demukkk... takut. 

Tapi bile nk amik set Flawless from Shaklee, de plak vitamin b ni.hadoiii cuak da ni. hurm... tnpa mencari sebarang info just supply je Vitamin B ni, alhamdulillah xde plak mitos2 yg da di mindset menjadi. Berat n saiz badan sama je macm dulu. Time ni baru nk try ber google.

Orait jom baca sikit fakta & mitos tentang Vitamin B ni.

Mitos atau Fakta?

Dalam pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan, kita sering kali mendengar, orang akan memberitahu kita bahawa, jika anda ingin gemuk, bolehlah ambil Vitamin B-Complex. Malahan, Vitamin B-Complex membantu menambahkan selera makan anda. Sejauh mana kenyataan ini boleh diterima pakai? Jika kita pergi ke farmasi, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan vitamin yang di label B-Complex, tetapi, kandungan vitamin B di dalamnya, tidak mencukupi sehingga 8 jenis Vitamin B.

Kenali 8 vitamin B yang perlu ada di dalam B-Complex :

Terdapat satu hubung kait antara Vitamin B dengan berat badan. Namun begitu, terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa penurunan berat badan juga mengaitkan keperluan pengambilan Vitamin B. Mari kita letakkan semua fakta ini bersama dan terangkan bagaiman vitamin B ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Bagaimana Hubung Kait Vitamin B dengan Berat Badan?

Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah  merah dan pengeluaran tenaga.

Semua vitamin B-Complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-Complex bekerjasama, jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.

Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:

  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.

B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.

Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.

Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.




Syarat-syarat B compleks utk loss weight:

Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka pincanglah fungsi B-complex kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. 

Cuba lihat botol B-complex anda. Cukupkah kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B. Awas ye. Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.

Jadi, ianya hanya mitos jika anda mengamalkan B-Complex Shaklee dan dikatakan boleh menggemukkan. Ada cara pengambilan untuk gemuk mahupun kurus dengan B-Complex Shaklee.


Perbezaan B-Complex Shaklee


  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  – Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Haa.... so da try la rahsia nape B compleks yg saya amik ni x menggemukkan langsung.so pasni uoll semua kena la alert ngn kandungan B compleks supaya kesannya n hasilnya memuaskan kite.



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

 
  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh  
Reading Time:

Wednesday, November 26, 2014

✿✿✿ Peppermint-Ginger Plus Shaklee ✿✿✿
November 26, 20140 Comments
Assalamualaikum....

Adakah uoll selalu de masalah angin dalam badan. yang kadangkala effectnyer sangat menjengkelkan?
jom kenali angin dalam badan anda ni.

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?


Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.


Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?


Ubahlah cara anda makan dan minum.  Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan.  Jika kawan-kawan merasakan dalam badan anda banyak angin, kawan-kawan mesti nak berjumpa doktor kan. Sebelum berjumpa doktor, kawan-kawan sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin.  Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan adalah dengan buat ujian sendiri okay..Cuba dulu makan, kalau kawan-kawan sakit perut dan angin selepas makan, elakkan makan makanan tersebut lain kali okay..

Makanan yang mengakibatkan angin dalam badan adalah seperti :


1) Kacang
2) Sayuran seperti brokoli
3) Kobis
4) Taugeh
5) Bawang
6) Asparagus
7) Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
8) Bijiran seperti roti gandum
9) Minuman ringan dan jus buah
10) Susu dan produk daripada susu dan keju
11) Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad.
12) Keledek

Terdapat pelbagai jenis petua untuk hilangkan angin dalam badan:


1) Minum air halia
2) Minum air bawang putih
3) Minum Eno Halia

 Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan


1. Pecahkan halia muda atau tua
2. Masukkan ke dalam gelas
3. Tuangkan air panas ke dalam gelas tersebut
4. Biarkan sebentar dan terus minum

atau


1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. 2. Hiris bawang putih nipis-nipis.

3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.

4. Minum ramuan ini sebulan sekali.


Tapi sekarang tak perlu nak susah-susah hiris, rebus.. sebab confirm ramai tak tahan bau halia dan bawang putih tu.. kan? kan? silap-silap air rebusan  tu di buat siram pokok bunga. hehe

Kan zaman dah moden dan canggih.. segala-galanya hanya di hujung jari. Jadi, saya nak syorkan anda menjadikan Shaklee peppermint Ginger Plus sebagai supplement untuk membuang angin yang tersekat di dalam tubuh badan anda. Berbentuk tablet.. senang bukan??





Apa itu Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Ia merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Plus Shaklee ini juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. 

Jom kita lihat pula apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee dan khasiatnya :)

 

 Daun Pudina (Peppermint)
  1. Membantu dalam proses penghadaman
  2. Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
  3. Untuk pesakit gastrik ianya membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit
  4. Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi (pesakit kebiasaannya akan muntah dan hilang selera makan)
  5. Merangsang pengeluaran peluh agar badan lebih cerdas
  6. Membantu menajamkan pemikiran untuk lebih fokus
  7. Membantu mengurangkan mabuk laut/darat. 
  8. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema


Halia
  1. Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  2. Melegakan ketidakselesaan perut / sakit perut
  3. Mengurangkan senggugut
  4. Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness 


Fennal (Pokok Adas)
  1. Membantu menghilang kembung perut
  2. Melegakan kesakitan perut
  3. Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus


Anise (Cekur Manis)
  1. Melegakan masalah pencernaan
  2. Mengurangkan senggugut
  3. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  4. Bagus untuk peredaran tenaga di dalam badan


Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Testimoni:



Angin dibuang dengan selesa

 Pedih Ulu Hati pon hilang
 

Cadangan:


Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan

Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum

Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. ( Kawan-kawan boleh juga larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)

Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.
Melegakan morning sickness (bagi awal kandungan) : 1-2 bj sehari sahaja
 
 
 
Wah !!! Harga RM45.00 ada 90 tablets boleh tahan sehingga 1-2bulan (untuk harga yang bezz , maklumat lanjut & consultasi ekslusif sila PM/call). 
 



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

 
  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh  
Reading Time:

Tuesday, November 25, 2014

✿✿✿ NutriFeron ™ Shaklee ✿✿✿
November 25, 20140 Comments
Assalamualaikum...

Apakah Sistem Imunisasi Badan?

Sistem imun adalah sistem daya tahan penyakit. Imun badan ini berfungsi menyerang bakteria dan virus jahat yang cuba bertapak dalam badan kita. Imun badan boleh lemah jika tubuh badan tidak dijaga dengan baik.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.





Faktor Melemahkan Sistem Imunisasi Badan

Antara punca toksin dalam badan melemahkan imunisasi badan

1. Pencemaran
Contohnya pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan macam-macam lagi. Air yang kita minum terutamanya banyak pencemaran.
 

2. Stress
Bila stress, badan kita mudah diserang dengan macam-macam penyakit. Sebab itu datangnya pening kepala masa stress. 
3. Kurang tidur
Kurang tidur membawa kepada stress, badan letih tetapi tidak dapat berehat menyebabkan badan terdedah kepada penyakit.
 

4. Makan makanan kurang berkhasiat
Makan makanan kurang berkhasiat dan tidak seimbang menyumbang kepada kekurangan vitamin dan nutrisi kepada badan.
 

5. Kurang minum air
Air sangat penting kepada tubuh sebab air membantu pengaliran darah dan oksigen yang baik kepada tubuh. Bila kurang air memang boleh menjemput penyakit.
6. Merokok
Bahan dalam rokok mengandungi pelbagai racun kepada badan. Dah tau racun, tak payahla merokok lagi.
 

7. Kurang bersenam
Bila kurang bersenam, kuranglah peluh keluar daripada badan kita.

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan


Faktor cuaca masakini yang tidak menentu disamping gaya hidup kita yang serba pantas masakini, eloklah badan kita ni mesti kuat melawan penyakit. Kalau tidak memanglah mudah selesema, demam dan batuk.



Cara Tingkatkan Kesihatan dan Imunisasi Badan


Imunisasi badan penting untuk kita jaga. Ia seumpama tentera peribadi kita menjaga badan daripada serangan ejen penyakit seperti bakteria, fungus dan virus. Tahukah anda sekarang banyak penyakit yang kita tak tahu seperti virus influenza, bakteria berdaya tahan, sisa toksin, radikal bebaspanthogens (ejen pembawa penyakit). Ini termasuk daripada negara asing seperti EBOLA, SARS dsb kesemua ini adalah yang melemah daya tahan penyakit atau sistem imunisasi badan kita tanpa disedari. Apabila paras sistem imunisasi di bawah paras optimum, kita akan mudah terdedah kepada penyakit.

Jadi, sebab itulah badan kita perlu mampu melawan dan berdaya tahan, haruslah jaga sistem imunisasi badan dengan baik. Kekalkan ia di tahap optimum supaya kita kekal sihat dna mampu melawan penyakit. Di bawah adalah antara tips yang anda boleh amalkan:
 
1. Bersenam
Ambillah 10 mini sehari, sebanyak 3 kali seminggu. Tambah kekerapan apabila anda rasa dah ok pada tahap itu. 
2. Makan makanan berkhasiat
Kurangkan amalan processed food, amalkan makanan daripada sumber semulajadi. 




3. Makan Makanan yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan
Ada je makanan yang elok untuk kesihatan.
4. Minum air bertapis
Pastika air yang anda minum itu telah ditapis dengan baik. Penapis yang baik boleh membantu anda sihat dengan cara menjadikan air itu sendiri sihat dan selamat.
5. Amalkan pengambilan suplemen
Sekarang banyak suplemen semulajadi yang boleh membantu kita meningkatkan dan mengekalkan sistem imunisasi kita. Baca lagi Kenapa Perlu Suplemen?


Imunisasi Semulajadi Badan – Interferon
Interferon merupakan protein semulajadi yang mengaktifkan sistem imunisasi badan untuk menghalang penyakit dan meningkatkan daya tahan penyakit. Ia ditemui pada tahun 1954 oleh Dr Yashukiko Kojima, seorang doktor dan penyelidik biologi. Beliau membuat kesimpulan bahawa sistem imunisasi badan yang lemah menghasilkan interferon yang sedikit.




Bagaimana interferon bertindak


1. Apabila badan diserang oleh bakteria / virus
2. Nutriferon akan menghasilkan Interferon 
3. Interferon menghantar signal supaya sel imun untuk bertindak
4. Sel imun akan lawan bakteria / virus
Cara Tingkatkan Imunisasi Badan

                  Membantu meningkatkan imunisasi badan dengan menggalakkan penghasilan interferon

Nutriferon Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.


Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.
Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Bagaimana Nutriferon bertindak?

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh & menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia dan menentang penceroboh virus dan kuman..


6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Manfaat Utama:

1- Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkah sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag.
2- Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
3- Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan fluenza.
4- Meringankan Stress & Kelesuan – Meringankan kemudratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
5- Melambatkan Penuaan – Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurankan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
6-Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C – Keberesanan  Nutriferon Shaklee dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti, kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit hepatitis B & .
7- Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran  darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
8- Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Testimoni


                                                        Jerawat & bintik2 merah hilang
                                                       Asma dicegah tanpa inhaler

                                                          Cirit Birit hilang



                                                              Demam jadi surut

 

Cadangan: Untuk memeliharaan kesihatan: 1 peket sehari (tuang kedalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)
Sewaktu rawatan influenza dan kanser: 2-3 peket sehari. Lebih baik apabila diambil bersama Vitamin C.


Wah !!! Harga RM181.25 ada 30peket x1.2g boleh tahan sehingga 1-2bulan (untuk harga yang bezz , maklumat lanjut & consultasi ekslusif sila PM/call).



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh
 



Reading Time:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes