September 2014 - Saya Dia dan Kamu

Monday, September 29, 2014

Family Days Nubis Crew Community (NCC) @ Seri Iskandar
September 29, 20140 Comments
Assalamualaikum ...

Rini nk cter lak pasal Family Day Nubis Crew Community.

Pe 2 Nubis Crew Community (NCC)?
Actually ia merupakan 1 kelab kete yg based kt Ipoh.Klo jmpa sememangnya akan cerita pasal kereta & isu semasa dari malm ke siang ke malam balik.... or akan tgok kete sorang2, godek2 engine & DIY kete memasing. Ikut ske kome la.

Nape sy xkisah?sbbnya disebelah NCC ni de gak club yg terbina secara xlangsung Women Nubis Crew Community WNCC. ha!!! kt cni la group yg plg bez. group ngn ank2, men makeup2 ngn men masak2. xpon group WINDOW SHOPPING or SHOPPING TILL DROP.


Orait, berbalik pada Family day...
Berlangsung dari 13 - 14 September 2014 di kediaman salah seorang ahli NCC Abe & Kak Nisa di area Sri Iskandar.



13 September..
Beberapa org ahli NCC da mula berkampung di kediaman mereka berdua menyediakan bahan2 dan juadah2 utk mlm BBQ.

Tp malam 2 WNCC da mle projek makeup2. so tgok la sapa mangsa kami. ehek2.





Comei ala2 barbie doll kan kome. mak2 budak sok akan men makeup2 ag.

Wah...mmg havoc la sebb de Laksa yg mmg TIP TOP dan tidak dilupakan ayam bakar. Bersama2 ngn side side dish yg xkurang enaknya.







 Antara Pasangan-pasangan couple NCC

Group kumpulan Muslimin NCC

 Group kumpulan Muslimat WNCC






 Mereka2 yg berpeluhan memanggang ayam.

 Welfie lagi.....

 Welfie by couple

 Qisha pon nk ikut papa n mama selfie
Peace yo!!

Macam biasa settle BBQ, kaum Adam ngn adegan diorg & yg Hawa pon ngn aktiviti kami. tp disebabkan nite getting old, they already tired and the bez activity to choose is SLEEP.

That nite kami ber2 xtdo umh Abe and Kak Nisa sbb umh MIL dekat jer.so kitrg tdo umh MIL agpon MIL sensorang kt umh xkn nk tinggal sorang2. tp sebelom balik kena TAX dlu.hadoi. hubby ajak tgok bola favorite team dia LIVERPOOL..... ngn trade mark Never Walk Alone...  layannnkan jer..... tp kalah la plak.xpe kan syg sok2 diorg men ag menang la kowt.

Kul 2 lbh smpai umh tp keracunan mkanan lak. bberapa kali berulang alik ke toilet smpai la siang.

Disbbkan kitrg memerut dari mlm smpai ke siang, so DIY that day kitrg x attend.huk2. sedihya..... baru nk men makeup2 ngn deme. tp apakan daya... InshaAllah nnti de rezki len lak.

Jom kite cuci mata ngn gelagat ahli2 NCC. We <3 U larh.... muah2



Okeh sampai di sini sahaja coretan sy. dengar2 this incoming December de trip ke Penang.
Nanti kite wt review yg itu plak k.

Wassalam....


✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh
 


Reading Time:

Tuesday, September 9, 2014

✿✿✿ Cinch Energy Tea Mix Shaklee ✿✿✿
September 09, 20140 Comments
Assalamualaikum

Entry this time nk cerita pasal Cinch Tea Shaklee lak malam ni.

APA ITU Cinch Energy Tea Mix?
*
Cinch Tea Shaklee adalah gabungan 3 warna teh :Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
* Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.


Shaklee Cinch ™ Energy Tea adalah yang amalan meminum tea yang sihat. Ia adalah alternatif kepada pengambilan kalori yang rendah dari sumber  secara semula jadi dan  membantu meningkatkan tahap tenaga. Ia bukan sahaja lebih sihat, tetapi kandungannya kaya dengan khasiat.



Jom kita tengok apakah ramuan Cinch Energy Tea Mix special dari Shaklee..
Generally kandungannya teh merah, teh hijau dan teh putih. Manakala secara details mengandungi :

❥ Taurina 
Menggalakkan metabolisme. Oleh itu membekalkan lebih tenaga. Ia juga berfungsi melarutkan lemak. Maka otot yg dibina tanpa salutan lemak.


❥ Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun.
Antioksida yg sangat tinggi + Energy booster + metabolisme booster.
Membakar kalori sehinga 4x ganda


❥ Maltodextrin – bahan daripada jagung

❥ Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
Melarut lemak dan meningkatkan kadar metabolisme “Fat burner” & Agen detox yg kuat.





❥ White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum (untuk mengekalkan keaslian)
Membakar lemak – lemak berlebihan
Menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
Meningkatkan metabolisme



Tradisi minum teh ni memang famous terutama di negara cina..
Tahu kenapa? Kerana dari segi perubatan..teh berfungsi seperti berikut :
✔ Anti-mikrob
✔ Imunostimulan
✔ Anticarcinogenic
✔ Anti-inflammatory
✔ Perlindungan terhadap penyakit jantung
✔ Anti oksidan – perlindungan dari kanser
✔ Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
✔ Mengawal kerosakan DNA
✔ Menurunkan paras kalori dan kolesterol
✔ Detoxifiers
✔ Stimulator tenaga & kehilangan lemak




KENAPA Cinch Energy Tea Mix?
1. Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
2. Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
3. Peningkatan tenaga segera.
4. Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
5. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


PELBAGAI KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX 

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Dan yang paling menarik, segelas Energy Tea Mix hanya membekalkan 5 kalori sahaja! Sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet!
Sesuai untuk dinikmati ketika panas atau sejuk. Hanya satu atau dua sachet sehari untuk menikmati keenakannya.
Sekotak mengandungi 28 'sticks'.






Langkah berjaga-jaga :

Shaklee Cinch Energy Tea Mix mengandungi kafein (70 mg setiap hidangan). Oleh itu, wanita hamil dan ibu menyusu perlu mendapatkan nasihat daripada penasihat kesihatan mereka tentang penggunaan produk ini. Tidak disyorkan untuk bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak. Individu yang sensitif kepada kafein mungkin mahu mengehadkan pengambilan kepada jumlah yang baik diterima, elakkan mengambilnya dekat dengan waktu tidur dan mengehadkan penggunaan kafein yang mengandungi ubat-ubatan lain, makanan, atau minuman mengambil produk ini.



Okeeh jom cuci mata ngn TESTIMONI customer lak erk....





 
Wah !!! Harga sekotak RM131 ada 28 sacket. Leh tahan sehingga sebulan (tp kite PM/call sy utk dptkan caranya).


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh
 

 
Reading Time:

Sunday, September 7, 2014

Handbanquet for Her W-Day
September 07, 20140 Comments
Assalamualaikum,

Hik2... gembiranya bila dapat taw my bibik aka makcik nk kwen. Dalam kepala ni terpikir nk wt pe apa je time wedding dia kan.

So disebabkan minat giler yg terlampau ngn fresh flower... Hati dan jantung pon decide nk sponsor Fresh Flower Hanbanquet.

Hari Jumaat pas keje around 7.00pm bergerak ke Petaling Street. The famous place utk cari fresh flower. Sbb time my wedding pon cari kat sana. mmg klo g sana akan rambang mata. Klo gurl len g shopping complex rambang tgok baju2, handbag, kasut & so on. Tp i plak rambang mata ngn Fresh Flower ni. rasa macam nk angkut je sume.

Lily



Xtaw nape pe... Lupe :P


Carnation


Okeh berbalik ke asal, seb bek balik ngn ofismate yg driving and actually rumah dia sedaerah ngn i.
Sampai kedai, belek2 bunga. maklumla baru nk fikir nk bagi handbanquet bunga pe n color pe. ish2.... on d spot decision. Okeh2. dont think too much. Amik red roses and daun2 ckit (xtaw nama daun 2 pe).

Settle solat jamak kt Central Market. Time utk meneruskan perjalanan ke Perak. Oh yeah!!!
Jgn tido!!!

Maklumla that nite adalah hari berkabung Malaysia, sempena ketibaan mayat mangsa2 MH17.

Alfatihah.
Sepanjang perjalanan 2 kami disajikan ngn bacaan alfatihah, yasin dan lagu nasyid yg menyentuh kalbu.

Alhamdulillah dalam kul 12.00am, sampai la i kt Simpang Empat, Hutan Melintang. My hubby tunggu kat Petronas.

Dalam kul 1 lebih smpai umh embah yg mmg dekat ngn umh makcik yg nak kawen 2. Syiok tgok bunga 2.

Siap2 bersihkan badan, gosok gigi, basuh mke & salin baju. Pujuk my beloved hubby.

 i        : b temankan bb malam ni erk
hubby: nak temankan untuk pe?
i         : nk buat handbanquet ni,sok nk guna da.
hubby: ok.

Hihihihi.... mmg best de husben yg sporting & loving ni taw.

So sesi DIY pon bermula,

1st kena buang sume daun2 yg de kat roses 2.then kena buang gak thorn dia. Disebabkan beli 2 jenis red roses 1 from India and another 1 from Cameron. so thorn & saiz bunga 2 sedikit berbeza.

My hubby pon suh 1 buang daun2 dan dia buang thorn yg ada.settle, so da bogel la my roses.
Okeh da boleh mengubah, susun .... susun.... dan susun....

Da jdi, tp still nampak x perfect, tmbah plak daun2 tepi2 dia. yg ni my hubby yg wt i tengok je.
Penuh perasaan dia wt.hi2. Iloike that moment.

Dalam kul 3 baru la settle. so lets sleep sayang.
Beznya sebab tido dalam pelukan org tersayang. Opss!!

Sok pagi trus bg ngn pengantin tuk diguna time bersanding nnti.
Jom layan skit snap2 yg kitrg de amik.

Time pengantin baru sampai...



Dok kat pelamin da....

Senyum....

Amik berkat,,, Tgok la pengapit ngah amik kesempatan....

Dan yg bez, bunga ni pon digunakan time majlis bertandang sebelah lelaki...






orait, kitrg laki bini pon nk melaram. my hubby ajak berphooshoot kt photobooth.
Rasa macam kitrg lak yg bersanding ag.kih2/




Orait done di sini.


So sape2 yg nk handbanquet mampu milik nk PM/call sy pon boleh.


Reading Time:
Owh Fibroid..... !!!!
September 07, 20140 Comments
Assalamualaikum.


Orait sekarang kite jom kita study plak berkenaan penyakit popular di kalangan wanita iaitu FIBROID.


Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah say buang 33 biji fibroid dari seorang wanita.



'Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.


        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

 Mengapa Tumbuh Fibroid?

        Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
        Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
        Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.



Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

 Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

        Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
        Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.'

Sumber Dari Dr. Hamid Arshat

Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.
BertakungJika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. 

 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?

Seperti yang dinyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
  

Fibroid Dirawat Secara Pembedahan

Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
  

Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.



* Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya 


'So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.



 



Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa

Luv, '

Sumber: Dr. Malinda
 









Orait habis sampai di sini. So harap ngn sedikit information ni kite akan jadi more AWARE dan sentiasa berhati2 dalam memilih makanan serta menjalani gaya hidup yg lbh sihat.

Wassalam.
Reading Time:

Saturday, September 6, 2014

✿✿✿ Shaklee Collagen Powder (SCP) ✿✿✿
September 06, 20140 Comments
 Assalamualaikum.

Orait hari ni kite nk sembang2 tentang kecantikan. Klo cakap tentang kecantikan, pe yg akan bermain2 kat kepala anda?

Klo dalam kepala saya semestinya, putih, flawless, gebu, NO wrinkle dan bahan2 atau agen2 yg boleh digunakan utk mendapatkan kecantikan tersebut.

So hari ni nk cerita pasal bahan2 or agen3 yg boleh digunakan antaranya yg paling hot ialah KOLAGEN.

Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?

APA ITU KOLAGEN?
  • Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, peut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen penting dalam kesihatan dan kecantikan dengan mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menjaga kesihatan badan.




TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.
  •  
     
Tahukah Anda? Penghasilan kolagen oleh badan berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Tapi kita hanya akan sedar akan kekurangan kolagen selepas 10 tahun. Jadi kalau kita baru berumur di penghujung 20-an (macam saya)..kita mungkin tidak akan perasan akan kekurangan kolagen dalam badan. Anda kenal blogger terkenal Hanis Zalikha? Walaupun masih di awal 20-an, beliau sudah mengamalkan kolagen seperti ibu beliau sendiri, Puan Nani Rostam. Anda boleh lihat sendiri hasil jangka panjang bagi mereka yang mengamalkan kolagen
 
Kadar collagen mengikut usia kita.


 
Jom kenali bahan utama di dalam Shaklee Collagen Powder.

⚛ Sumber utama kolagen SCP adalah daripada Red Snapper Scale (RSS) atau sisik ikan merah.

⚛ Bukan sebarang ikan merah yg digunakan tetapi ikan merah laut dalam yg sangat besar saiznya.

⚛ RSS dipilih kerana daya tahannya yg lasak terhadap tekanan menjadikan ia sebagai sumber kolagen bermutu tinggi.

⚛ RSS akan dikisar sehalus2nya menggunakan teknologi tinggi dan diperkaya dengan 7 bahan aktif yg lain menjadikannya lebih dari sekadar kolagen.








Ni contoh collagen shaklee after bancuh. 
Nk sedap ag bancuh la ngn orange ke, Vivix ke, ribena ke, ESP ke..... ikut kesukaan anda.




Kita perlu ingat, kolagen tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan kita perlu mengambil dari sumber luar iaitu melalui pemakanan. Beruntunglah jika anda sudahpun mengambil SCP sebagai sumber kolagen.

Shaklee Collagen Powder (SCP) diekstrak daripada sisik ikan merah yg besar, sebagaimana yg saya share dgn anda sebelum ni.

1 persoalan yg patut anda tanya...

KENAPA mesti ikan merah? Tak boleh ke amik kolagen dari ketam ke, ikan lain ke, ikan bawal ke, ikan keli ke?


Heheee

Kalau anda nak tahu, ikan merah ni special. Opss memang ikan merah sedap dimasak sup atau asam podeh mahupun goreng pun sodap. Tu tak dinafikan. Hihiii

Ikan merah mampu hidup di laut dalam.
"Abis tu? Ikan lain pun ada gak hidup dalam laut dalam?"

Betul betul. Haa meh kita compare ya. Dalam rekod menyatakan yg manusia boleh menyelam sedalam 200 meter. Jika dalam lagi boleh membahayakan tubuh sebab kita tak mampu nak menghadapi tekanan yg kuat yg boleh menyebabkan kematian.

Ok, itu manusia. Kalau ikan2 lain pun, tak semua ikan boleh sampai ke kedalaman laut yg dalam.

Tapi red snapper, boleh berenang mencecah sehingga kedalaman 5,000 meter!

Subhanallah! Maha Suci Allah yg mencipta ikan istimewa ni yg mampu menghadapi tekanan yg amat tinggi. Dan sudah tentulah sisiknya yg memainkan peranan besar. Sisik yg bukan sahaja mengandungi kolagen terbaik bahkan ianya mampu menerima tekanan dengan baik dan tahan lasak!

Jadi, tak hairan la Shaklee memutuskan untuk mengambil kolagen dari sisik ikan istimewa ni sebagai sumber kolagen marin yg bermutu tinggi.

Oleh itu, jika anda sudah pun mengkonsumsi SCP

Atau

Bakal menkonsumsi SCP



SCP diperbuat daripada Red Snapper Scale (RSS) dan diperhebat dengan 7 bahan aktif lain bagi memantobkan lagi SCP tersebut.

Red snapper tu, idok le snapper yg biasa kita beli kat pasar pagi tu. Tu snapper keturunan kecik. Hihiii

Red snapper yg Shaklee pilih ni yg hidup di laut dalam.

Saiz?
 

Nutritionist kabo, BEEEEEESARRRRRR. Agaknya sebesar ikan dalam gambar tu kot.



Bukan senang nak tangkap ikan ni ye, ada 1 musim giant snapper ni akan timbul di permukaan dan masa tu la depa akan tangkap.

Scale atau sisik dia akan diambil dan dicincang halusss sangat2 menggunakan teknologi yg
kita ada. Maka dapatlah kita SUMBER ORIGINAL MARINE COLLAGEN. Tarak tipu2 punya. ^^

Oh ya, Shaklee memang tak lokek dalam bab2 teknologi pembuatan dan penghasilan produk ya. Tak hairan la Shaklee spend berbillion2 utk R&D dan segala research juga test.
 



  

7 bahan aktif yg turut dicampur di dalam SCP dan sekali lagi menjadikan SCP ~ kolagen terbaik untuk anda.


❣ Ekstrak biji Camellia Japonica.
❣ Ekstrak Pfaffia

Membantu penghidratan. Menjadikan kulit lembut dan lembap.

❣ Kolagen ikan
❣ Ekstrak kulit kerangan laut
❣ Lactobacillus acidophilus

Memberi keanjalan. Menjadikan kulit semakin tegang dan mengurangkan garis halus hasil penuaan.

❣ Vitamin C
❣ Vitamin B2 & vitamin B6

Antioksida yg berfungsi menghalang radikal bebas yg mengakibatkan fibre kolagen menjadi lemah dan hilang.




Ya, saya memang berpuas hati dengan kualiti dan keberkesanan Kolagen Shaklee ini. Tambahan pula, lebih 70 clicinal studies yang telah dijalankan ke atas produk-produk Shaklee ini dengan pelaburan yang besar iaitu USD450 juta million telah dilaburkan untuk penyelidikan semata-mata menunjukkan syarikat ini memang sangat komited untuk menghasilkan produk yang dapat membantu pengguna, bukan untuk keuntungan semata-mata.


Wahh... Awesome!!








Berapa Berat Molekul Dalam Collagen Shaklee?

Berat molekul dalam Shaklee Collagen Powder hanyalah 1,000+ Dalton menjadikan ianya begitu mudah diserap oleh badan untuk hasil yang optimum.
Pengambilan Collagen yang mempunyai nilai Dalton yang tinggi adalah merbahaya kerana ianya tidak diserap oleh badan dan akan remain di dalam saluran darah. Dalam jangka masa panjang, ia boleh memberikan kesan negatif dan penyakit kronik.



Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

  • 69% peningkatan terhadap kelembapan kulit
  • 75% peningkatan terhadap kelicinan kulit
  • 90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit
  • 80% pengurangan kedutan diwajah

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.

Okeh, da tahu apa itu collagen, bagaimana nk dapat dan kesannya. so sekarang jom kite baca testimoni lak. nak tahu gak kan keberkesanannya.

Antara Testimoni consumer2 Collagen Shaklee.


Jeragat da kurang aka pudar



Kulit sekata & makin putih.



Kulit makin gebu & tetap moist even dok dalam air cond.




Semakin cerah.


Wah!Harga sekotak RM298 ada 15 sacket. Leh tahan sehingga sebulan (tp kite PM/call sy utk dptkan caranya).


Paling best utk bulan ni SEPTEMBEK 2014 BUY 6 FREE 1.
So kire la sndri bpe rm korang untung klo bli time promosi ni. Share la ngn kawan2, sedara-mara, ank2 buah or family3 yg nk cantik molek.

So cepat2 put your order here. Jangan segan2 k.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nur Afiqah
✐ Blog: Mr & Mrs Health With Natural Supplement
✉ Email: fiqahz_lan@yahoo.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2590623 / 014-7327303
➲ COD Area: S ubang Jaya, Teluk Intan & Bagan Datoh




 
Reading Time:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes