Vivix & Botanical Beverage Mix - Saya Dia dan Kamu

Friday, July 4, 2014

Vivix & Botanical Beverage Mix

Assalamualaikum...

VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX

REVOLUSI TERBARU DARIPADA SHAKLEE

Minuman campuran botani Vivix™ merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan.

NUTRITIONAL FACTS

Serving Size : 1 Teaspoon (5ml)
Serving Per Container : 30

Per 100 g Per Serving
Energy 252 kcal 15kcal
Carbohydrate 67 g 4 g
Total Sugar 2 g 0.1 g
Protein 0.3 g 0.02 g

Botanical Blend 1390 mg
(Polygonum Cuspidatum Extract, Muscadine grape Extract, European Elderberry Extract and Purple Carrot Extract)



Muscadine Grape:

Anggur Muscadine adalah buahan tempatan yang boleh didapati di Selatan Timur Amerika Syarikat yang mana ia boleh dikatakan sebagai anggur yang paling berkhasiat berbanding anggur jenis lain. Kandungan antioksidan yang tinggi pada kulit anggur muscadine berperanan merosakkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel badan menjadi rosak dan ini mempercepatkan proses penuaan. 

Oleh itu, kandungan antioksidan di dalam anggur membantu melambatkan proses penuaan serta meningkatkan sistem imun badan. Disamping itu kehadiran resveratrol pada kulit anggur muscadine bertindak sebagai anti-kulat. Dari hasil kajian mendapati terdapat tambahan kromosom pada anggur muscadine yang tidak ditemui pada anggur lain. Kromosom ini menghasilkan asid elergik yang mana ia berkesan untuk mencegah pelbagai jenis kanser. Anggur muscadine kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan mangan di dalamnya memudahkan pembentukan tisu-tisu penghubung dalam badan.

Pencegah Kanser : Menurut kajian yang dijalankan oleh Strange Cancer Prevention Centre di New York mengesahkan kandungan reservatrol yang terdapat di dalam anggur muscadine berperanan menghalang pertumbuhan COX, sejenis sebatian yang menyebabkan kanser payudara dan kanser jenis lain. Reservatrol menghalang pertumbuhan tumor dalam 3 peringkat iaitu, permulaan, pertengahan dan perkembangan. Warna ungu pada kulit anggur muscadine adalah disebabkan anthocyanins. Anthocyanins ini mengandungi antioksidan yang kuat dan telah di uji positif terhadap kesan anti-tumor. Dalam beberapa ujian yang dijalankan, anthocyanins di sahkan menghalang sintesis DNA dalam sel-sel tumor, pertumbuhan salur darah dalam tumor dan mengawal pertumbuhan enzim yang bertanggungjawab penyebaran sel tumor. Dengan kehadiran Asid elergik yang terdapat di dalam anggur muscadine pesakit kanser tidak perlukan kimoterapi.




Penjagaan Kulit : Kulit yang cantik datangnya dari penjagaan yang sesuai. Kehadiran antioksidan yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu dalam mengawal kesan-kesan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan pertambahan usia, keupayaan tubuh untuk menghasilkan antioksidan semakin berkurangan dan kulit menjadi semakin tidak bermaya dan rosak. Kerosakan pada mikro kapilari dan kolagen menyebabkan kulit berkedut. Antioksidan membantu menguatkan dinding kapilari. Kehadiran Cosmeceuticals dan nutraceuticals membantu memelihara kulit yang bersih dan sihat.

Penjagaan Jantung : Anggur Muscadine kaya dengan flavonoids dan reserveratrol yang membantu untuk kesihatan jantung dan merendahkan risiko serangan jantung.

Kencing manis, kawalan berat badan dan gangguan metabolik : Anggur Muscadine boleh membantu mengawal kencing manis. Ia bertindak mengurangkan tahap glukosa darah, merendahkan trigliserida, mengurangkan kolestrol serta mencegah pembekuan darah. Ia juga mengawal gangguan metabolic yang boleh menyebabkan mengurangkan kepekaan insulin, melemahkan toleransi glukosa, menurunkan tahap HDL (Kolestrol baik). Gangguan metabolik pada umumnya menjejaskan orang untuk menikmati makanan berkalori tinggi. Oleh itu, kandungan reservatrol yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu merendahkan gangguan metabolic dan sebagainya.

Pelanjutan Usia : Penyelidik-penyelidik percaya reservatrol membantu melanjutkan usia genetik. Daripada kajian yang dibuat menggunakan wain Muscadine, didapat 30% yang mengambil wain Muscadine mempunyai jangka hayat yang lebih panjang walaupun gaya hidup mereka tidak aktif. Dipercayai reservatrol melambatkan kesan-kesan penuaan dan memanjangkan hayat.

Daya Ingatan : Anggur Muscadine kaya dengan kuersetin yang mana membantu dalam evolusi kognitif yang lebih baik serta fungsi otak dan merendahkan risiko demensia dan Alzheimer.


“Anggur Muscadine berbeza berbanding dengan anggur biasa”
Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur Muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuat ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.


 Buat pengetahuan anda semua, kalau kite beli Musacadine kt US harga segugus leh mencecah 70USD = RM200++. Wow :)



Polygonum Cuspidatum @ Japan Knotweed:

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Hu Zhang, kojo-kon atau Japanese knotweed. Dalam perubatan cina zaman dahulu, akar dan ranting yang telah dikeringkan dijadikan ubat yang serbaguna. Sekarang, saintis telah menemui bahawa polygonum berupaya melawan kanser dan merawat sistem kardiovaskular juga. Sains telah menemui bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam Polygonum bertindak sebagai antimikrob, antioksidan dan antimutagen dalam kanser. 

Selain itu ia juga terbukti dapat menyembuhkan kulit yang terbakar, meningkatkan sistem imun dan fungsi jantung. Reservatrol ditemui di dalam Polygonum yang mana diketahui kebaikannya mengalakkan kesihatan jantung. 


 

Di dalam perubatan tradisional cina, Polygonum digunakan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan kepanasan dan membuang toksin. Akar kering dan batangnya telah digunakan untuk merawat kanser, menurunkan paras kolestrol serta mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, sakit-sakit sendi, kesakitan semasa haid, kudis-kudis dan kecederaan yang teruk. Ia juga dijadikan sebagai ubat sapu untuk merawat kulit dan sebagai krim untuk mengurut kerana mengandungi astringen dan ciri-ciri antimikrob yang terdapat di dalamnya.

Secara umumnya Polygonum Cuspidatum tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak. 




Elderberry:

Elderberry atau biasa dikenali sebagai holunder hitam adalah tanaman yang berasal dari Eropah Tengah dan banyak tumbuh di Eropah, Amerika Utara, dan Asia.
Elderberry (Sambucus Nigra) memiliki buah yang  berbentuk bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Tanaman Elderberry tumbuh seperti pohon atau belukar yang tingginya bisa mencapai 7 meter lebih yang tumbuh lebat.

Jenis elderberry yang tumbuh di Indonesia adalah Sambucus Javanica yang tumbuh secara liar di daerah pegunungan, pematangan yang biasanya juga berfungsi sebagai tanaman pagar.
Buah elderberry mirip seperti buah buni yang berwarna hitam dengan bentuk bulat dengan diameter 3-4 mm.
Jus elderberry kaya akan vitamin A, vitamin B, vitamin C, asam amino, flavonoid, karotenoid, rutin dan tanin.
Nutrisi lain dari jus elderberry adalah pigmen organik, gula, fosforus, asam viburnic, potasium, kalsium dan antioksidan berupa quercetin dan anthocyanin.




Satu dari manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan dengan itu, ia mengukuhkan sistem imun dalam melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga sangat kaya dengan anthocyanin. Ia dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza. Elderberry juga kaya dengan Vitamin A,B,C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan dari Elderberry.

Selain dari menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, Elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap asma, batuk, sesak hidung dan dada, serta diabetes. Ia juga merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Pengoksidaan LDL dianggap sebagai salah satu punca kepada penyakit kardiovaskular. Jadi, Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung. Ia juga memberi manfaat dalam mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.



Purple Carrot:

Lobak ungu mengandungi anti-oksidan, anticarcinogens dan beta-carotenes yang lebih tinggi daripada lobak merah. Kandungan anticarcinogens yang terdapat pada lobak ungu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan badan untuk melawan wabak penyakit. 

Kajian mendapati kandungan anticarcinogens yang terdapat dalam lobak ungu mampu merawat kanser kerongkong, hati, perut, prostat dan ginjal. Pengambilan lobak merah yang banyak boleh melindungi anda dari jangkitan dan kesan alergi. 


Kandungan Vitamin A yang banyak di dalam nya membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran arteri tersumbat dan terkena strok. Vitamin B, C, E dan Calcium pectate dan serat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Khasiat lobak ungu bukan setakat itu sahaja. Ia juga menyerlahkan kecantikan luaran. 

Kandungan nutrient dalam lobak ungu didapati dapat menyuburkan rambut, kuku dan kulit. Bagi ibu yang menyusukan anak pengambilan lobak ungu boleh meningkatkan kualiti susu ibu. Lobak ungu kaya dengan sumber kalsium yang mana ia mudah dihadam oleh tubuh kita. Zaman dahulu, akar lobak ungu digunakan untuk mengubati pelbagai masalah sembelit dan penghadaman yang bermasalah. Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland membuktikan dengan pengambilan lobak ungu yang kerap dapat merendahkan tekanan darah, menstabilkan kandungan gula dalam badan serta memberikan perlindungan pada tubuh terhadap serangan jantung dan penakit hati. 


! botol cuma RM475. Berbaloi2 ngn khasiatnya yg banyak.

 Dengan Pembelian 2 botol Vivix anda mampu mendapat FREE MEMBERSHIP + CASH BONUS.

With Love,

Afiqah

014-7327303
SID 919489



No comments:

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

Nama:
Email Address:
No. H/P:
Address:
Enquiry/Order:

Click here to create your own form.

@way2themes